Pemilihan makanan yang tepat akan membantu perkembangan otak dan mental seseorang. Walau bagaimanapun, seiring dengan peredaran masa dan kesibukan tugasan harian, kebanyakan individu pada hari ini, lebih gemar mengambil makanan yang berisiko merosakkan otak.
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan antara 5 makanan yang boleh mendatangkan kesan negatif pada otak jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan.
1. Minuman bergula
Pengambilan minuman bergula yang berlebihan bukan sahaja akan merosakkan otak malah akan menjejaskan kesihatan anda. Soda, minuman isotonik, minuman tenaga dan juga jus buah-buahan termasuk dalam kategori minuman bergula.
Pengambilan minuman bergula secara kerap dan tidak terkawal akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan diabetes type 2. Ia juga akan meningkatkan risiko untuk anda menghidap penyakit Alzheimer sekali gus mendatangkan impak negatif kepada otak.
2. Makanan bergoreng
Makanan bergoreng seperti kentang goreng, ayam goreng adalah antara makanan yang digemari oleh kebanyakan individu. Malangnya, ia bukan sahaja akan menyebabkan peningkatkan berat badan malah menurut Hello Doktor, makanan bergoreng juga boleh menyebabkan arteri tersumbat sekali gus meningkatkan risiko penyakit Alzheimer dan kemerosotan fungsi kognitif.
3. Makanan segera
Makanan segera mengandungi dos tinggi yang tidak baik untuk otak antaranya trans lemak, lemak tepu, natrium, gula, serta pelbagai bahan kimia yang lain.
Artikel berkaitan: Kesan Pengambilan Makanan Ringan
4. Makanan yang diproses
Makanan yang diproses seperti mi segera, kerepek kentang, ready-made food dan banyak lagi mempunyai kandungan kalori tinggi dan rendah kandungan nutrien. Makanan seperti ini boleh menyebabkan peningkatkan berat badan dan menghalang kesihatan otak.
Sesetengah makanan yang diproses mungkin tidak mengandungi tahap lemak atau gula yang tinggi, tetapi mengandungi kandungan sodium yang tinggi. Ia penuh dengan bahan pengawet, perisa tiruan, berkolestrol, dan mempunyai kandungan garam yang berlebihan yang boleh memudaratkan tubuh.
5. Alkohol
Pengambilan alkohol yang berlebihan akan memberi kesan yang serius kepada otak dan boleh mengakibatkan wujudnya keabnormalan dalam struktur otak, fungsi dan tingkah laku.
Semoga perkongsian kami ini memberi panduan untuk anda pada masa hadapan.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com