Tanda-Tanda Anda Perlu Jumpa Pakar Psikiatri

Tanda-Tanda Anda Perlu Jumpa Pakar Psikiatri

Posted by

Ramai generasi sekarang takut untuk berjumpa dengan pakar psikiatri atau pakar kesihatan mental kerana bimbang dengan stigma orang sekeliling. Ada yang menyamakan penyakit mental dengan kurang waras manakala segolongan besar gagal mengenali tanda dan simptom penyakit mental. Antara penyakit mental umum adalah kemurungan, keresahan, gangguan bipolar dan skizofrenia.

Artikel berkaitan: Derita Dalam Senyap

Berikut adalah beberapa tanda yang boleh menjadi amaran bahawa anda perlu berjumpa dengan pakar psikiatri secepat mungkin!

1. Kemurungan menjadi rutin harian

Tanda-Tanda Anda Perlu Jumpa Pakar Psikiatri

Kemurungan merupakan gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang merasa sedih yang berpanjangan. Ia akan memberi kesan negatif terhadap keupayaan untuk menyelesaikan rutin harian. 

Apabila berlakunya kemurungan, neuron tidak dapat berhubung dengan neuron lain dengan mudah. Antara gejala kemurungan yang kerap berlaku adalah hilang selera makan, rasa sedih yang berpanjangan, cepat rasa letih, tidak bertenaga dan sebagainya.

Seseorang yang murung juga akan mengalami hilang minat terhadap aktiviti yang digemari sebelum ini.

2. Perubahan emosi yang ekstrem

Mania adalah satu gangguan yang akan menyebabkan penderita menjadi terlebih bertenaga secara mengejut dalam aspek mental dan fizikal. Ia juga akan menyebabkan penderita melakukan sesuatu secara berlebihan dan menjejaskan tahap kesihatan diri.

Gejalanya termasuk terlalu banyak berfikir, bercakap dengan pantas, cepat marah dan paranoia. Episod manik adalah penunjuk keadaan kesihatan mental seperti bipolar tahap satu atau gangguan skizoafektif.

3. Tekanan terasa terlalu berat untuk ditanggung

Tekanan atau stres adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental yang dialami oleh seseorang apabila tuntutan tidak dapat dipenuhi. Neurotransmitter dalam otak mengaktifkan amygdala iaitu bahagian otak yang memproses emosi.

Antara punca berlakunya tekanan adalah disebabkan oleh perubahan besar yang berlaku dalam kehidupan dan sebagainya. Tiada siapa yang terkecuali daripada mendapat tekanan hidup. Walau bagaimanapun, tempoh tekanan yang berpanjangan akan memberi kesan terhadap kesihatan fizikal seperti melemahkan sistem imun. 

4. Kebimbangan melemahkan badan

Tanda-Tanda Anda Perlu Jumpa Pakar Psikiatri

Kebimbangan (anxiety) adalah sama dengan tekanan kerana ia adalah tindak balas otak terhadap ancaman yang dirasakan. Menurut National Institute of Mental Health, gejala kebimbangan termasuk peningkatan kadar denyutan jantung, kesukaran bernafas dan rasa gugup. 

Kebanyakan manusia mengalami kebimbangan akibat daripada peristiwa yang tegang atau tertekan. Apabila mengalami kebimbangan yang keterlaluan, lebih baik sekiranya anda mendapatkan bantuan dan rawatan dengan segera.

Sekiranya anda mengalami salah satu daripada tanda-tanda ini, segera dapatkan nasihat pakar seperti ahli psikologi, pakar psikiatri atau kaunselor profesional berlesen agar mereka boleh menilai dengan tepat keadaan keadaan mental dan mencadangkan rawatan dan bantuan yang bersesuaian dengan anda.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan pengetahuan baru buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *