Khasiat Petai Yang Mungkin Anda Tak Tahu

Khasiat Petai Yang Mungkin Anda Tak Tahu

Posted by

Petai atau nama saintifiknya parkia speciosa tergolong dalam kategori sayuran dan ulaman yang kaya dengan dengan nutrisi seperti serat, vitamin C, kalium, mineral dan antioksidan yang boleh memberi kebaikan kepada kesihatan badan anda.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan antara tujuh khasiat petai yang anda mungkin tak tahu.

1. Membantu menstabilkan tekanan darah

Petai mengandungi kalium yang tinggi untuk menguatkan tulang dan gigi. Ia juga mempunyai kandungan garam yang rendah bagi menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko penyakit strok. 

Menurut US Food and Drug Administration mereka mengesahkan bahawa petai memang boleh membantu menstabilkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok.

2. Mengurangkan stres

Petai mengandungi sejenis protein iaitu tryptophan yang akan bertukar kepada serotonin ketika berada dalam tubuh badan sekali gus menjadikan seseorang itu lebih tenang selain dapat memperbaiki emosi dan secara amnya membuat seseorang lebih bahagia.

3. Mencegah anemia

Pengambilan petai boleh membantu mencegah anemia, iaitu penyakit kekurangan sel darah merah. Lazimnya, penghidap anemia akan sentiasa dalam keadaan yang kurang stabil akibat metabolismenya tidak sampai ke tahap yang normal disebabkan aliran darah ke saraf otak lambat dan akan melemahkan antibodi badan.

Sekiranya anda penghidap anemia, petai merupakan salah satu alternatif yang anda mungkin boleh cuba selain daripada makan ubat.

4. Merawat Premenstrual Syndrome (PMS)

Pengambilan petai ketika mengalami PMS dikatakan dapat membantu mengawal kandungan gula dalam darah individu sekali gus memberi kesan positif kepada emosi anda.

5. Mencegah sembelit

Petai dapat mengatasi masalah sembelit kerana ia mengandungi serat dan boleh membantu menyempurnakan pembuangan air besar.

6. Membantu diet

Serat yang terkandung dalam petai boleh menambahkan rasa kenyang, mengurangkan kolestrol LDL, dan membantu memperlahankan pelepasan gula daripada makanan ke dalam darah. 

Malah, serat larut juga boleh membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung, Diabetes Type 2 dan juga obesiti.

7. Meningkatkan kebolehan kognitif

Menurut sumber, petai dikatakan mempunyai khasiat potasium yang sangat tinggi yang mana ia boleh meningkatkan daya ingatan dan membantu membuat seseorang lebih peka.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *