5 Sebab Anda Perlu Menggunakan Pengangkutan Awam

Posted by
 

Pengangkutan awam merupakan salah satu kemudahan yang dinikmati oleh masyarakat bandar untuk menghubungkan mereka dari satu destinasi ke destinasi seterusnya pada era globalisasi ini. Walaupun pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh pihak kerajaan dalam menyediakan kemudahan seperti ini, namun ada segelintir masyarakat masih memandang sepi penggunaan pengangkutan awam. 

 

Ini merupakan salah satu punca jika anda tidak menggunakan pengangkutan awam.

 

Dalam mencapai status negara maju pada tahun 2020, pengangkutan awam seperti bas, komuter, teksi, keretapi dan lain-lain sememangnya penting untuk menambah baik kualiti sistem pengangkutan serta kehidupan rakyat. Jom kita semak 5 sebab anda perlu menggunakan pengangkutan awam!

 

Jom naik pengangkutan awam!

1. Mengurangkan kesesakan lalu lintas

Anda biasanya merungut tentang kesesakan lalu lintas pada waktu puncak ketika pergi dan pulang dari kerja sehingga anda rasa tertekan dengan pemikiran anda. Pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) yang menggunakan landasan rel dapat mengurangkan masalah kesesakan serta mengurangkan jumlah kereta persendirian di jalan raya. Oleh itu, anda tidak perlu merungut lagi tanpa menghadap kesesakan lalu lintas setiap hari!

 

2. Memendekkan masa perjalanan

Jika anda mengambil berat tentang masa, sudah tentu pengangkutan awam dapat memendekkan masa perjalanan anda! Hal ini kerana penggunaan LRT dan MRT pastinya mempercepatkan masa anda ke tempat yang dituju. Jadi anda tidak perlu risau tentang masalah datang lambat ke tempat kerja asalkan boss anda gembira kerana datang kerja on time!

 

Keadaan bertambah senang jika naik LRT berdekatan dengan tempat kerja anda!

3. Menjimatkan kos perbelanjaan harian

Anda tahu bahawa harga petrol semakin meningkat setiap tahun dan juga kos bayaran parkir kenderaan perlu ditanggung sekiranya anda menggunakan kenderaan persendirian ke tempat kerja. Hal ini boleh merumitkan perancangan kewangan anda, terutamanya perbelanjaan harian dan simpanan masa depan. Dengan menggunakan pengangkutan awam dalam kehidupan harian anda, anda akan menjimatkan kos perbelanjaan harian tanpa bergantung pada kenderaan persendirian. Di samping itu, anda juga boleh melanggan pas perjalanan tanpa had 30 yang berharga RM100 untuk perkhidmatan pengangkutan awam rel Rapid termasuk LRT, MRT, Monorel dan BRT di Sunway serta semua perkhidmatan bas kendalian Rapid di Lembah Kelang. Oleh itu, anda dapat menjimat perbelanjaan sebulan hampir RM100!

 

Cukup berbaloi jika anda melanggan pas tanpa had 30 hari untuk menjimatkan perbelanjaan anda!

4. Mengurangkan pencemaran udara

Kita sering terdedah kepada pencemaran udara berpunca dari pelepasan gas karbon monoksida yang berbahaya dari ekzos kenderaan. Sekiranya kita mengambil pengangkutan awam dalam kehidupan harian, maka pelepasan gas berbahaya dan kesan rumah hijau akan berkurangan. Penggunaan kenderaan persendirian turut berkurangan di jalan raya jika anda mengambil inisiatif untuk memelihara alam sekitar dengan menggunakan kemudahan pengangkutan awam! 

 

5. Kes kemalangan akan berkurangan

Jika anda tidak mempunyai kenderaan persendirian ke tempat kerja atau destinasi yang dituju dan tidak cekap memandu di jalan-jalan besar, anda mungkin terfikir tentang risiko kemalangan yang membahayakan nyawa anda dan menggunakan pengangkutan awam sebagai kenderaan harian anda. Hal ini tidak dinafikan bahawa pengangkutan awam dilihat lebih selamat untuk masyarakat bandar untuk pergi ke destinasi masing-masing, malah mengurangkan risiko kemalangan di jalan raya.

 

Penggunaan pengangkutan awam dilihat lebih selamat dalam mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

 
 
Adakah anda merupakan pengguna pengangkutan awam tegar? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah! Jangan lupa untuk ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sarah Sahadin or known as Sarah S., is a Digital Marketer-cum-Junior Graphic Designer and Malay-language content writer who writes career, lifestyle and current trending contents to engage Malay readers, informing about the latest trends happening around. Sarah also has a passion for motorsport (can be spotted at Sepang Circuit on some certain weekends) and enjoys manga illustration during her free time.

Reach me at sarah@jobstore.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *