Krisis Kebakaran Hutan Mengancam Alam Sekitar

Posted by
 

Pada bulan lepas, kita telah dikejutkan dengan berita kebakaran hutan Amazon di Brazil susulan aktiviti penebangan oleh petani dan pembalak, dengan hampir 73,000 kes kebakaran direkodkan oleh Institut Kajian Penyelidikan Angkasa Brazil (INPE). Kebakaran terbesar ini telah bukan sahaja membahayakan hutan, malah mengancam nyawa manusia serta flora dan fauna.

 

 

Perkara tersebut telah menjadi bualan di laman media sosial di mana ramai netizen meluahkan kemarahan terhadap kejadian itu selama 3 minggu dan tiada sebarang tindakan yang diambil oleh kerajaan Brazil dan juga liputan dari media antarabangsa. 😢 Turut berlaku pada bulan tersebut sehingga hari ini ialah jerebu di negara kita akibat pembakaran hutan di Indonesia.

Isu ini semakin serius dan menjadi satu krisis antarabangsa pada era globalisasi ini. Hal ini berpunca dari aktiviti pembalakan hutan oleh manusia untuk tujuan membersihkan kawasan pertanian dan pembangunan kawasan baru. Menurut ahli ekologi Thomas Lovejoy, pokok-pokok ditebang atau dibakar akan menyebabkan pelepas gas karbon dioksida dan mengurangkan kapasiti hutan menyerap gas tersebut. Kesannya, bumi akan menjadi semakin panas dengan pelepasan gas karbon dioksida berada dalam kepekatan yang tinggi. Keadaan ini akan menjadi lebih bahaya kepada manusia serta flora dan fauna di mana gas bertoksik akan merebak seluruh persekitaran yang memudaratkan kesihatan dan mengancam kesejahteraan hidup.

 

 

Apakah yang kita boleh lakukan untuk menangani krisis kebakaran hutan?

Kita perlu memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kesan kebakaran hutan demi masa depan generasi-generasi baharu seperti kempen alam sekitar di saluran-saluran media. Kempen ini hendaklah dihayati dan menanam rasa tanggungjawab dalam memelihara alam sekitar dan menjadikannya bersih dan selamat untuk generasi-generasi baharu. Tambahan pula, aktiviti menghijaukan kawasan perlu ditingkatkan lagi dengan penanaman pokok-pokok di kawasan ladang dan hutan untuk mengurangkan masalah peningkatan suhu dan meningkatan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesis.

Selain itu, anda juga boleh menderma kepada persatuan-persatuan amal untuk membantu dan hubungi mereka untuk bertanya apa yang anda boleh lakukan demi menyelamatkan hutan hujan seperti di Amazon. Anda turut memastikan suara anda didengari dengan menghubungi pihak-pihak berkuasa di Malaysia untuk menggalakan mereka mengambil tindakan dalam menyelamatkan alam sekitar.

Konklusinya, hutan hujan sangat penting terhadap ekosistem global kerana ia berfungsi sebagai penstabil iklim untuk menstabilkan suhu persekitaran dengan menyerap karbon dioksida dari atmosfera dan mempengaruhi keadaan cuaca tempatan dengan membentuk hujan.  Dengan itu, kita perlulah menghargai hutan hujan sebagai salah satu khazanah muka bumi yang bernilai. Marilah kita bersama-sama memperkuatkan semangat kerjasama dalam usaha memelihara dan memulihara hutan hujan sebelum terlambat!


 
 
Jangan lupa untuk ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sarah Sahadin or known as Sarah S., is a Digital Marketer-cum-Junior Graphic Designer and Malay-language content writer who writes career, lifestyle and current trending contents to engage Malay readers, informing about the latest trends happening around. Sarah also has a passion for motorsport (can be spotted at Sepang Circuit on some certain weekends) and enjoys manga illustration during her free time.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *