Tip Meningkat Maju Di Tempat Kerja Untuk Kaum Wanita

Tip Meningkat Maju Di Tempat Kerja Untuk Kaum Wanita

Posted by

Oleh YEOH LIN LIN

Dapatkan diri seorang pengerah hamba yang baik! Pernyataan ini betul-betul suatu pembuka mata kerana jarang sekali kita akan menyifatkan seseorang yang membuat kita berhempas-pulas bekerja sebagai seorang yang ā€˜baikā€™. Kerap kali mereka ini akan kita pandang serong dan sifatkan sebagai zalim, tidak munasabah dan bermacam lagi.

Kenali diri

Shahira Ahmed Bazari, Pengarah Urusan Yayasan Hasanah

Tetapi ya, pengerah hamba yang baik memang ada, menurutĀ Shahira Ahmed Bazari, Pengarah UrusanĀ Yayasan Hasanah. Mereka ini adalah yang dapat melihat potensi diri kita, yang dapat membina dan mendorong kita untuk membuat kerja sebaik mungkin, yang membimbing dan menentukan rentak kita apabila keadaan menjadi sulit. Tindakan mereka menjadikan kita lebih baik daripada yang terdaya kita bayangkan.

Shahira berkata demikian pada pembukaan sesi perkongsian pengetahuan bertajuk ā€˜Meraikan Wanita Yang Berjaya Mengatasi Halangan Diskriminasiā€™, anjuran Yayasan Hasanah sempena sambutan Hari Wanita Sedunia baru-baru ini.

Beliau selanjutnya berkongsi empat prinsip utama yang telah mengemudi kerjayanya sehingga kini.

Ā 

  • Kenal pasti kekuatan teras anda.Ā Prestasi dan keutuhan menjadi amat nyata dalam keadaan kelam-kabut. Milikilah minda yang sentiasa mencari jalan penyelesaian.
  • Ketahui nilai dan prinsip teras anda.Ā Bekerja dengan organisasi/bos yang mempunyai nilai teras yang serupa. Ini akan mentenagakan anda.Ā 
  • Beredar dari usaha yang jelas akan gagal, dan melangkah maju.Ā Jangan sabotaj diri. Belajar daripada kesilapan.
  • Kenali mekanisme ketahanan anda.Ā Olah semula cara anda berfikir. Di mana anda berada sekarang adalah di mana anda sepatutnya berada.

Tetapkan sempadan diri

Penulis bersama Chong Chye Neo

Bercakap mengenai pengerah hamba yang baik, saya berpeluang bertemu kalangan mereka dalam kembara kerjaya saya. Apabila saya mengenang kembali, saya cukup berterima kasih kerana berpeluang bekerja dengan mereka.

Salah seorang daripada mereka turut hadir di sesi berkenaan ā€”Ā Chong Chye Neo, yang bersara sebagai Pengarah Urusan IBM Malaysia pada lewat tahun 2018. Saya berpeluang mendapat bimbingan rapi daripada beliau semasa saya mula-mula menyertai IBM Malaysia.

Sambil berkongsi bahawa kehidupannya sebagai ā€˜pesaraā€™ adalah jauh lebih sibuk daripada yang dijangkakan, Chye Neo kini adalah anggota Lembaga Pengarah Bursa Malaysia dan Hong Leong Bank.

Biarpun sudah bersara, beliau masih sering diundang untuk berkongsi kemahiran dan pengalaman. Sebagaimana kira-kira 20 tahun yang lepas, saya masih merasa diri tersuntik inspirasi kini apabila mendengar beliau berkongsi pandangan. Berikut adalah beberapa cebisan maklumat yang dikongsikan.

 

  • Belajar untuk membuat keutamaan.Ā Jangan segan berkata ā€˜tidakā€™. Wanita sentiasa terasa terjebak ā€” kita rasa kita perlu menjadi pekerja yang cemerlang, serta ibu dan isteri yang hebatā€¦ semuanya sekali. Jadi, kita sering terlalu kuat bekerja tanpa mengenal penat lelah. Tetapi hakikatnya, kita memerlukan keseimbangan budaya kerja. Kebanyakan kita berasa bersalah untuk berkata ‘tidak’ kerana kita takut orang lain akan berpendapat kita bukan pemain pasukan. Tetapi, ya, kita perlu tahu bila masanya untuk berkata ā€˜tidakā€™. Kita perlu tahu bila untuk menetapkan sempadan kita.
  • Tetapkan rentak diri.Ā Jangan bandingkan diri dengan orang lain. Anda sendiri yang ketahui masanya untuk melakukan sesuatu perkara. Beliau berkata beliau sendiri telah mengambil cuti sabatikal yang lama sebanyak dua kali untuk memberi perhatian kepada urusan keluarga. Tegasnya, kita mesti mengutamakan keluarga kita.
  • Wujudkan ruang terbukaĀ di mana wanita boleh belajar tanpa prasangka atau dipandang rendah. Kumpulkan pakar subjek untuk mengadakan dialog terbuka dengan para peserta untuk berbincang tentang perkara-perkara yang berkaitan tanpa sebarang rasa pandang rendah. Misalnya, mengenai rantaian blok, cara menggunakan teknologi untuk meningkatkan prestasi, Industri 4.0 dan topik-topik lain yang pekerja wanita kurang fahami.

Perubahan set minda

Satu mesej yang dibawa pulang dari sesi ā€” dan yang merupakan tema yang disuarakan oleh semua pengucap panel yang termasuk YB Maria Chin (Ahli Parlimen Petaling Jaya), Sumitra Visvanathan (Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita) dan Nadirah Zakariya (jurufoto yang diiktiraf di peringkat antarabangsa) ā€” adalah pentingnya ada perubahan set minda.

ā€œPerubahan set minda adalah pendekatan ā€˜dari dalam ke luarā€™. Ia bermula dengan cara kita mendidik anak-anak kita. Ini akan menetapkan cara mereka menganggap diri, dan cara mereka memperlakukan orang lain, khususnya yang berlainan jantina,ā€ kata Chye Neo.

Beliau berkongsi, beliau membesar dalam persekitaran rumah yang tidak membezakan jantina. Setiap malam, beliau dan saudara kandung (lelaki dan perempuan) akan dilatih tubi mata pelajaran matematik dan sains oleh bapa mereka. ā€œBapa saya memang penyokong STEM, jauh mendahului masanya,ā€ kata Chye Neo.

Akhir kata

Biarpun sesi ini adalah untuk berbual bicara tentang cara kaum wanita boleh meningkatkan prestasi di tempat kerja, setiap orang, tanpa mengira jantina dan kaum, boleh mengambil iktibar daripada cebisan maklumat yang dikongsikan oleh semua pengucap sesi.

Terima kasih kepada Yayasan Hasanah atas usaha menganjur acara ini, dan kepada semua pengucap sidang yang telah, dalam satu cara atau yang lain, berjaya mengharungi rintangan dalam kehidupan masing-masing. Anda betul-betul sumber inspirasi buat kami semua!


Yeoh Lin Lin ialah editorĀ Leaderonomics BMĀ dan pengamal komunikasi/PR yang berpengalaman. Untuk pertanyaan mengenai portal kepimpinan BM Leaderonomics dan hal-hal mengenai komunikasi/PR, anda boleh menghubunginya melaluiĀ linlin.yeoh@leaderonomics.comĀ atauĀ linkedin.com/in/yeohlinlinĀ 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *