Kepentingan Melabur Dalam Unit Amanah

Posted by

 

Pernahkah anda berjumpa dengan rakan anda atau seorang individu yang mempromosikan produk pelaburan unit amanah semasa anda berjalan ke restoran pada waktu rehat atau selepas waktu kerja? Sekiranya anda pernah “diajak”  oleh rakan anda untuk melabur dalam unit amanah, sudah tentu ia memberi manfaat kepada anda untuk menjamin masa depan anda. Bagi anda masih baru tentang perkara ini atau pernah melihat iklan-iklan berkaitan dengan unit amanah di laman media sosial, kami mengupas tentang unit amanah dan kepentingan melabur dengan lebih lanjut.

 

Unit amanah atau unit trust adalah satu produk pelaburan berbentuk kolektif yang dikeluarkan oleh syarikat pengurusan unit amanah untuk memudahkan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan simpanan mereka, yang kemudiannya dilaburkan dalam saham atau aset lain yang diuruskan oleh pengurus dana profesional.

Persoalannya, kenapa melabur dalam unit trust sangat penting dalam kehidupan harian kita?


Cakap pasal duit, lupakan sahaja beli beg tangan Hermes Birkin. Gunakan duit yang ada untuk melabur dalam unit amanah!

 

Dijamin selamat dan sah di sisi undang-undang

Untuk mendaftarkan diri untuk sesuatu produk unit trust, anda memerlukan dokumentasi yang lengkap sebelum memulakan pelaburan anda dengan setiap syarikat unit amanah. Paling penting, semua syarikat unit trust di Malaysia dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM). Jangan anggap unit amanah ini adalah skim cepat kaya atau dijamin untung 100% sepanjang masa tau! 😉

 

Modal pelaburan yang rendah

Anda tidak perlu mengeluarkan duit yang lebih untuk memulakan pelaburan dalam unit trust. Ada dana unit trust yang boleh anda mulakan dengan modal serendah RM100 sebagai modal permulaan, malah modal RM1000 juga anda boleh mulakan. Selain itu, anda juga boleh membuat potongan gaji secara terus sekiranya anda ingin melabur secara konsisten setiap bulan.

 

Melaburkan dalam portfolio yang pelbagai

Perkara paling bagus dalam pelaburan unit trust ialah mempelbagaikan pelaburan anda! Dalam sesuatu portfolio unit trust, ia mengandungi saham-saham yang terdiri daripada pelbagai syarikat dan sektor, dana bon, bon korporat, dan mata wang pasaran, dana REIT, dana hartanah dan banyak lagi. Dengan ini, ia dapat mengurangkan risiko keseluruhan pelaburan anda!

 

Tidak perlu jadi “pro” dalam pelaburan

Sudah tentu anda tidak perlu jadi pakar dalam hal pelaburan serta mengkaji tentang ekonomi dan saham-saham berpotensi kerana dana unit trust yang anda invest diuruskan oleh mereka yang berpengalaman dalam bidang tersebut. Jadi, serahkan hal-hal tersebut kepada mereka dan gunakan khidmat mereka dengan sebaiknya!

 

Mudah untuk dicairkan

Bukan sahaja aiskrim dan coklat kegemaran anda mudah dicairkan ya!

Kelebihan dalam pelaburan unit trust ialah tiada tempoh lock-in atau tempoh masa tertentu untuk melabur. Anda tidak perlu risau sekiranya anda mengeluarkan duit dari pelaburan unit trust untuk tujuan kecemasan kerana tiada bayaran penalti dikenakan, begitu juga dengan menjual pegangan anda.  Namun, anda perlu ingat bahawa anda jangan salahgunakan kemudahan jual balik untuk tujuan-tujuan selain kecemasan ya!

 

Apakah tujuan anda melaburkan dalam unit amanah? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah! Jangan lupa untuk ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sarah Sahadin or known as Sarah S., is a Digital Marketer-cum-Junior Graphic Designer and Malay-language content writer who writes career, lifestyle and current trending contents to engage Malay readers, informing about the latest trends happening around. Sarah also has a passion for motorsport (can be spotted at Sepang Circuit on some certain weekends) and enjoys manga illustration during her free time.

Reach me at sarah@jobstore.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *