Pernahkah anda menganggap bahawa jualan dan pemasaran merupakan satu perkara sama? Sebenarnya, kedua-dua perkara ini sememangnya salah! Jualan dan pemasaran merupakan dua perkara berbeza dari segi definisi, skop, fungsi dan tugas, walaupun kedua-dua perkara ini mempunyai matlamat yang sama iaitu menjana keuntungan sesebuah perniagaan.
Ramai di kalangan anda confused tentang sales dan marketing, terutamanya dari segi definisi dan tugas.
Jualan
Jualan atau sales merupakan aktiviti menjual produk atau servis bagi mendapatkan imbuhan (commission) dari segi nilai mata wang. Aktiviti jualan dijalankan untuk mengetahui bagaimana proses interaksi, proses pertukaran produk atau servis diantara penjual dan pelanggan bagi memudahkan kedua-dua pihak mencapai satu persetujuan atau kontrak dimana terjadinya pertukaran produk yang ditawarkan dengan nilai mata wang yang sebenar.
Pemasaran
Pemasaran atau marketing merupakan aktiviti yang berkait rapat tentang proses mengenal, memilih dan membuat produk atau servis, sebut harga, lokasi pengedaran kepada pelanggan dan perancangan pelan tindakan bagaimana untuk mempromosikan produk atau servis. Kesemua aktiviti ini adalah untuk pemberitahuan kepada orang ramai tentang produk atau servis yang dihasilkan atau ditawarkan melalui strategi pengiklanan bagi menepati permintaan, kemahuan dan kepuasan pelanggan.
Apakah yang membuatkan jualan dan pemasaran berbeza dari segi tugas?
Tugas penjual (salesperson) adalah mengikat atau memujuk pelanggan untuk membeli produk atau menggunakan servis yang telah disediakan oleh syarikat dengan meyakinkan ia akan memenuhi keperluan mereka. Dalam menarik minat pelanggan untuk membeli produk atau menggunakan servis, penjual perlu menggunakan strategi iaitu mendekatkan mereka kepada produk atau servis sehingga mereka mahu membelinya atau menggunakan perkhidmatan.
Manakala tugas pemasar (marketer) pula adalah memberi fokus terhadap aktiviti pemasaran iaitu mempromosi, mengedarkan, memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan dan harga berdasarkan produk atau servis yang ditawarkan oleh syarikat. Aktiviti tersebut dilakukan pada skala besar mengikut bajet yang ditetapkan setelah melakukan analisis pasaran, mengenalpasti saluran pengedaran, memastikan produk atau servis berdaya saing, mengenalpasti strategi penetapan harga, mengetahui jejakan jualan dan analisis penguasaan pasaran.
Kedua-dua perkara ini penting dalam kemajuan sesebuah syarikat atau jenama bukan sahaja menarik minat pelanggan untuk mengenal produk atau servis, namun meningkatan penjualan sesebuah syarikat atau jenama. Melalui pemantapan skil penjualan dan kempen-kempen pemasaran dilakukan di lokasi-lokasi tertentu seperti pusat membeli-belah dan lapangan terbang, orang ramai akan mengenali produk atau servis dengan lebih dekat dan menjadi pelanggan setia kepada sesebuah syarikat atau jenama. Dengan strategi pemasaran dan penjualan yang efektif, sudah tentu angka penjualan bakal meningkat dan meningkatkan reputasi syarikat dan jenama.
Selain itu, penjualan dan pemasaran juga menawarkan persaingan yang sihat antara syarikat atau jenama. Pemasaran yang efektif akan meningkatkan orang ramai untuk membeli produk atau menggunakan servis tersebut, sekaligus meningkatkan penjualan produk/servis niche tersebut. Syarikat atau jenama juga mempunyai kebebasan dan kerterbukaan untuk menawarkan unique selling point (USP) kepada pelanggan. Misalnya, harga yang lebih murah, penggunaan bahan yang berkualiti atau servis jaminan (warranty service) yang lebih lama. Syarikat atau jenama akan terus berkuasa tanpa memberikan peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan pilihan yang lain sekiranya tiada persaingan pemasaran yang sihat.
Secara tuntasnya, jualan dan pemasaran merupakan dua perkara berbeza yang mempunyai matlamat yang sama. Kedua-dua perkara ini sangat penting bagi pertumbuhan perniagaan yang bakal dicapai berkembang begitu pesat. Namun, tanpa sebarang aktiviti penjualan dan pemasaran sesuatu produk atau servis dijalankan, maka tindakan ini akan melumpuhkan pertumbuhan perniagaan dan menjejaskan reputasi sesebuah syarikat atau jenama.
Sumber: affiliatemarketingconsultancy.blogspot.com
thevocket.com
BONUS: Ingin mencari kerja yang berkait rapat dengan topik kami cover tadi?
>> Klik di sini untuk apply kerja untuk bahagian jualan <<
>> Klik di sini untuk apply kerja untuk bahagian pemasaran <<
Dah tahu apakah perbezaan antara jualan dan pemasaran? Silakan beri pendapat anda di ruangan komen di bawah! Jangan lupa juga untuk ikuti Jobstore untuk informasi kerjaya, peluang pekerjaan baru dan banyak lagi!
Sarah Sahadin or known as Sarah S., is a Digital Marketer-cum-Junior Graphic Designer and Malay-language content writer who writes career, lifestyle and current trending contents to engage Malay readers, informing about the latest trends happening around. Sarah also has a passion for motorsport (can be spotted at Sepang Circuit on some certain weekends) and enjoys manga illustration during her free time.
Reach me at sarah@jobstore.com.