Perancangan Kewangan Sebelum Persaraan

Posted by

 

Persaraan merupakan satu detik untuk golongan-golongan yang berpengalaman meninggalkan dunia pekerjaan setelah berpuluh-puluh tahun bekerja demi mencari rezeki. Persaraan, atau “pencen” memberi kita membuat keputusan apa yang kita mahu serta mempunyai kebebasan mengatur gaya hidup sendiri setelah menempuh fasa kerjaya. Namun persoalannya, adakah anda mempunyai kewangan yang kukuh untuk survive dalam kehidupan sebagai pesara?

 

Mungkin ini adalah jawapan anda… Apa yang korang buat dengan duit gaji korang ni? 😦

 

Persediaan kewangan sebelum menempuhi zaman persaraan sangat penting kerana setiap orang pasti akan melalui hari tua 👴🏼👵🏼 dan pada satu ketika akan tiba masa untuk kita menempuhi zaman persaraan. Sudah tentu, semua orang mempunyai impian untuk hidup selesa selepas bersara dengan mempunyai wang persaraan yang cukup. Takkan dah dapat gaji bulanan, terus beli barang-barang semata-mata nak show off kepada kawan-kawan dari melaburkan sebahagian duit gaji untuk retirement savings, kan?

Perancangan awal merupakan langkah yang bagus untuk membuat segala persediaan untuk menempuh zaman pencen, walaupun untuk mencapai ke tempoh pencen tersebut masih panjang. Ini bermakna anda mempunyai masa yang panjang untuk anda prepare bajet untuk kehidupan pencen. Anda perlu ingat bahawa kos perubatan, pendidikan untuk anak-anak anda (bagi yang telah berumah tangga) dan sara hidup semakin meningkat tau! Jangan ingat perkara-perkara ini untuk suka-suka je!

 

Hanya gambaran sahaja. Gaya hidup zaman pencen korang berbeza dari GIF ni ya!

 

Nak tahu bagaimana uruskan kewangan anda untuk zaman pencen, ikuti tips-tips berguna ini supaya anda mampu menyediakan persediaan kewangan sebelum anda pencen. (Golongan milennials yang menempuh alam pekerjaan kena ambil tahu juga ya, kami tegur untuk kebaikan anda. 😇)

 

Tentukan dahulu keperluan kewangan

Keperluan setiap orang boleh menjadi berbeza apabila memasuki fasa pencen dari dunia kerjaya. Kebanyakan pesara perlukan duit untuk menampung perbelanjaan rawatan, membayar hutang-hutang yang masih berbaki, pendidikan anak-anak dan melancong bersama ahli-ahli keluarga. Oleh itu, perkara-perkara ini perlu diambil kira dalam menentukan keperluan kewangan apabila bersara nanti. Kami cadangkan anda perlu wujudkan tabung persaraan khas untuk menampung segala perbelanjaan asas apabila pencen nanti.

 

 

Pilih strategi yang sesuai untuk memenuhi keperluan kewangan persaraan

Dalam perancangan kewangan untuk zaman pencen, ada dua strategi yang mudah untuk anda menyimpan duit iaitu secara lumpsum dan dividen. Strategi lumpsum merupakan strategi yang membolehkan anda bertahan dan guna duit tersebut secara sedikit dalam tempoh tertentu sehingga habis, manakala strategi dividen pula memudahkan kita menyimpan wang tabung persaraan di satu tempat yang mana akan memberikan dividen sama banyak atau melebihi keperluan kewangan setahun kita. Anda boleh melaburkan wang anda di Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Tabung Haji kerana dividen yang diberi agak konsisten dan stabil di samping menjaga modal awal yang diletakkan.

 

 

Beli insurans

Ramai dari anda banyak mengambil remeh tentang perkara ini semasa merancang kewangan untuk zaman pencen. Pembelian insurans sangat penting dalam mengurangkan bebanan kewangan semasa tempoh pencen dan melindungi dengan perlindungan hilang upaya dan sakit kritikal. Oleh itu, anda perlu membeli insurans pada usia yang muda supaya kualiti hidup dan tahap kesihatan selepas bersara akan terjamin. 

 

Anda akan dilindungi semasa tempoh persaraan sekiranya membeli insurans pada usia yang awal.

 

Melabur dalam unit amanah dan bidang hartanah

Selain anda bergantung pada wang simpanan pekerja dan simpanan tetap tanpa pendapatan sampingan untuk menguruskan wang pencen anda, anda perlu melabur dalam unit amanah, skim pelaburan persaraan atau bidang hartanah yang kemudiannya boleh dijual atau disewa untuk mendapatkan pulangan yang tinggi. Tak rugi kalau anda melabur dalam unit amanah mahupun bidang hartanah untuk menjamin kestabilan kewangan semasa tempoh pencen! 😉


Artikel berkaitan: Kepentingan Melabur Dalam Unit Amanah


 

Sudahkah anda membuat perancangan kewangan untuk tempoh pencen anda? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah! Jangan lupa untuk ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sarah Sahadin or known as Sarah S., is a Digital Marketer-cum-Junior Graphic Designer and Malay-language content writer who writes career, lifestyle and current trending contents to engage Malay readers, informing about the latest trends happening around. Sarah also has a passion for motorsport (can be spotted at Sepang Circuit on some certain weekends) and enjoys manga illustration during her free time.

Reach me at sarah@jobstore.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *