Semasa giat mencari kerja, pernahkah anda terfikir jika sesuatu iklan jawatan kosong itu adalah benar atau scam? Tidak mudah untuk mengetahui yang mana benar atau tidak kerana iklan jawatan kosong tersebut selalunya tidak mempunyai banyak perbezaan. Malah, terdapat sejumlah iklan jawatan kosong di internet, bagaimana hendak tahu jika ianya adalah job scam? Pening kepala dibuatnya.
Penipuan di internet semakin berleluasa, dan para scammer suka mengambil kesempatan di atas kedesakan orang awam untuk mencari kerja. Apa yang kita boleh lakukan hanyalah menyelidik latar belakang sesebuah syarikat atau mencari maklumat dan senarai job scam di internet.
Semak 7 petanda job scam untuk elak ditipu seperti berikut sebelum anda menghantar resume atau kongsi maklumat peribadi anda dengan orang yang tidak boleh dipercayai.
Â
Tawaran Terlalu Bagus
Tawaran pekerjaan yang baik termasuk pakej faedah lumayan serta amaun gaji yang tinggi adalah susah untuk diperolehi kerana sememangnya tiada istilah pekerjaan yang sempurna. Apa yang sering dilakukan job scammer adalah mereka yang menghubungi anda dulu dengan mengatakan mereka jumpa resume anda di dalam talian, sedangkan anda tidak menghantar resume kepada âsyarikatâ mereka. Atau mereka menawarkan kerja kosong tersebut pada waktu itu juga.
Â
Skop Kerja & Kelayakan Tidak Jelas
Iklan jawatan kosong yang sebenar akan menyertakan tahap kelayakan dan skop kerja yang jelas bagi memudahkan urusan syarikat untuk mencari calon yang paling sesuai untuk menyertai organisasi mereka. Job scam pula tidak akan melakukan sedemikian. Malah, jika anda bertanyakan soal skop kerja, scammer tidak akan melayan soalan anda atau akan kononnya menawarkan âlatihan khususâ untuk jawatan kosong tersebut.
Â
E-Mel Yang Tidak Profesional
Kebanyakan syarikat akan mempunyai alamat atau kandungan e-mel yang profesional, sempurna dan lengkap. Kesilapan job scammer adalah apabila mereka menulis e-mel dengan kandungan yang caca merba, ejaan serta penggunaan tatabahasa yang salah. Tidak lupa juga ketiadaan alamat e-mel dan nombor syarikat disediakan. Sekiranya anda perasan akan perkara tersebut, eloklah anda berhati-hati sebelum menjadi mangsa penipuan yang seterusnya.
Â
Temuduga Menggunakan Perkhidmatan Pesanan Dalam Talian
Ianya tidak pernah terjadi bagi sesebuah syarikat untuk mengadakan sesi temuduga melalui perkhidmatan pesanan dalam talian atau online instant messaging. Sekiranya anda dijemput untuk ditemuduga dengan cara sedemikian, berwaspada lah dan selidik dahulu latar belakang syarikat serta carta organisasi mereka.
Â
Tiada Rekod Dalam Keputusan Carian
Sebelum anda mengatakan âyaâ terhadap sesuatu jemputan temuduga, pastikan anda selidik dahulu latar belakang syarikat tersebut di dalam talian. Jika tidak menemui sebarang maklumat, ianya kemungkinan adalah job scam.
Akan tetapi, terdapat juga para scammer yang bijak dalam membuat satu laman web âsyarikatâ yang profesional bagi memperdaya pencari kerja. Oleh itu, anda perlu cari dalam talian nama dan alamat e-mel syarikat. Atau copy paste sedikit kandungan e-mel yang diterima ke laman carian untuk mengetahui jika kandungan tersebut telah ditiru dari mana-mana iklan jawatan kosong yang lain.
Â
Diminta Kongsi Maklumat Peribadi
Majikan sebenar tidak akan meminta anda untuk kongsi maklumat peribadi yang tiada kaitan dengan jawatan kosong yang dipohon. Sekiranya anda mendapati âmajikanâ tersebut meminta sebarang maklumat seperti akaun peribadi atau menyuruh anda untuk membuka akaun bank yang baru, sila jangan layan ya! Walau terdesak macam mana sekali pun, jangan sesekali kongsikan maklumat peribadi anda dengan sembarangan orang.
Â
Diminta Bayar Untuk Sesuatu Perkara
Sepanjang karier saya, saya tidak pernah lagi jumpa mana-mana majikan yang meminta saya membayar sesuatu perkara kerana semuanya telah disediakan oleh mereka untuk kemudahan saya bekerja.
Sebagai contoh, anda telah diterima bekerja dan pihak majikan beri anda sebuah laptop tetapi anda diberitahu untuk membayar perisian berjumlah RMXXX ke dalam akaun XXX. Ataupun, anda diminta bayar sejumlah amaun untuk resume anda disemak oleh majikan. Ha, tak ke pelik tu? Awas semua! Sudah terang lagi bersuluh itu adalah salah satu taktik job scam.
Scammer sekarang seolah-olah sangat terlatih dan bijak dalam memperdayakan orang ramai. Walau terdesak macam mana sekali pun anda mencari kerja, selidik dalam-dalam dahulu bakal majikan anda untuk elak dari ditipu. Semoga berjaya!
Kongsikan pengalaman anda mencari kerja di ruangan komen di bawah. Jangan lupa juga untuk ikuti Jobstore.com untuk informasi kerjaya, peluang pekerjaan baru dan banyak lagi.
Nurin Eznieka is a digital content writer who writes about lifestyle, tips and tricks, including career-related contents both in Malay and English languages. Nurin is a foodie who enjoys food hunting and cafe hopping during her free time.
Reach me at: nurin@jobstore.com