Senarai Pelepasan Cukai yang Boleh Dituntut

Posted by

Di Malaysia, cukai pendapatan adalah wajib di sisi undang-undang dan jumlah yang wajib dibayar pula bergantung kepada kadar pendapatan individu bekerja dalam setahun. Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), individu bekerja harus membayar cukai pendapatan sekiranya pendapatan tahunan mencapai RM34,000 ke atas selepas potongan KWSP. 

Oleh itu, apakah jenis-jenis pelepasan cukai yang anda sebagai individu bekerja boleh tuntut? Terdapat tiga (3) kumpulan utama rakyat Malaysia yang boleh dan layak menuntut pelepasan cukai tersebut iaitu individu bujang, individu berkahwin dan mempunyai tanggungan ibu bapa, serta individu berkahwin dan mempunyai anak

Terdapat pelbagai jenis pelepasan cukai yang boleh dituntut seperti sumbangan SOCSO anda sehingga ke pembelian barang gaya hidup peribadi anda. Berikut merupakan jenis-jenis pelepasan cukai yang selainnya.

Individu bujang

 

1. RM9,000 – Individu dan saudara tanggungan

2. RM7,000 (Terhad) – Yuran pengajian (sendiri)

3. RM3,000 (Terhad) – Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda

4. RM6,000 (Terhad) – Insuran hayat / nyawa dan KWSP (termasuk tidak melalui potongan gaji)

5. RM2,500 (Terhad) – Barangan gaya hidup seperti pembelian komputer riba, langganan internet bulanan (atas nama sendiri) dan sebagainya

6. RM250 (Terhad) – Caruman kepada PERKESO

7. RM6,000 (Terhad) – Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius. Pemeriksaan kesihatan penuh (RM500 – terhad)

8. RM3,000 (Terhad) – Insurans premium pendidikan dan perubatan

 

Individu berkahwin dan mempunyai tanggungan ibu bapa

 

1. RM4,000 (Terhad) – Suami / Isteri / Bayaran alimoni

2. RM6,000 (Terhad) – Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius buat pasangan. Pemeriksaan kesihatan penuh buat pasangan (RM500 – terhad)

3. RM2,500 (Terhad) – Barangan gaya hidup (pasangan)

4. RM5,000 (Terhad) – Perbelanjaan perubatan untuk ibu bapa ATAU untuk seorang ibu sahaja (RM1,500 – terhad) ATAU untuk seorang bapa sahaja (RM1,500 – terhad)

 

Individu berkahwin dan mempunyai anak

 

 

1. RM6,000 (Terhad) – Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius untuk anak. Pemeriksaan kesihatan penuh untuk anak (RM500 – terhad)

2. RM2,000 – Anak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun

3. RM2,000 – Anak yang belum berkahwin (18+) dan belajar sepenuh masa (A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)

4. RM8,000 – Anak yang belum berkahwin (18+) tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:

  • Belajar sepenuh masa (tidak termasuk kursus matrikulasi / pra-ijazah / A-Level) di universiti, kolej atau institusi pelajaran yang serupa dengannya di Malaysia, ATAU
  • Berkhidmat di bawah satu ikatan artikel atau indentur untuk memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion di Malaysia; atau mengikuti kursus peringkat ijazah dan ke atas di IPT luar Malaysia.
  • Kursus dan IPT diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan berkaitan.

5. RM1,000 (Terhad) – Peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 tahun ke bawah

6. RM2,500 – Barangan gaya hidup (anak)

7. RM6,000 (Terhad) – Tabungan bersih dalam SSPN

8. RM1,000 (Terhad) – Yuran penjagaan anak ke pusat asuhan atau tadika

 

Walaubagaimanapun, buat mereka yang masih baru dalam alam pekerjaan dan tidak tahu bagaimana untuk mendaftar cukai pendapatan, anda boleh daftarkan diri sebagai pembayar cukai di LHDN, kemudian daftar untuk e-filing yang merupakan platform pemfailan cukai pendapatan dalam talian atau ‘online’ di laman web LHDN. Panduan untuk mendaftarkan diri adalah seperti berikut:

1. Gunakan e-daftar dan daftarkan diri sebagai pembayar cukai

  • Sediakan salinan IC digital anda
  • Klik pada Borang Pendaftaran Online dan isikan maklumat peribadi
  • Proses permohonan akan diluluskan dalam masa seminggu

2. Pergi ke LHDN dan dapatkan nombor PIN untuk pendaftaran e-filing

  • Nombor PIN diperlukan untuk log masuk kali pertama

3. Log masuk ke e-filing dan selesaikan log masuk kali pertama

  • Isi borang dengan butiran seperti nama penuh, alamat, nombor telefon dan kata laluan
  • Nombor PIN tersebut hanya boleh digunakan sekali sahaja semasa log masuk kali pertama
  • Log masuk yang seterusnya pula memerlukan kata laluan yang baru ditetapkan pengguna

4. Log masuk ke e-filing semula

  • Daftar frasa keselamatan pilihan anda
  • Log masuk dengan nombor kad pengenalan dan gunakan kata laluan yang baru

5. Failkan cukai anda

  • Tahniah, anda telah berjaya mendaftarkan diri sebagai pembayar cukai. Semoga anda layak untuk menerima pelepasan cukai.

 

Sudahkah anda memfailkan cukai pendapatan anda? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah. Jangan lupa juga untuk ikuti Jobstore.com untuk informasi kerjaya, peluang pekerjaan baru dan banyak lagi. 


Nurin Eznieka is a digital content writer who writes about lifestyle, tips and tricks, including career-related contents both in Malay and English languages. Nurin is a foodie who enjoys food hunting and cafe hopping during her free time.

Reach me at: nurin@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *