Langkah Persediaan dan Keselamatan Semasa Banjir

Posted by
 

Sepanjang tahun, bencana banjir melanda di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak apabila musim hujan tiba. Pada yang masa, kebanyakan daripada kita akan mengambil cuti tahunan pada akhir tahun dan melancong bersama keluarga, kecuali bercuti ke kawasan berpotensi banjir.

 

Secara umumnya, kekerapan hujan lebat yang melanda di beberapa kawasan di Malaysia adalah fenomena biasa ketika peralihan Monsun Timur Laut yang berlarutan dari November hingga Mac. Hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan kawasan kerap banjir. Sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang, risiko kejadian banjir akan menjadi lebih buruk. Lebih-lebih lagi, tiupan angin kencang secara berterusan akan menyebabkan laut bergelora dan ombak besar.

Seperti yang anda tahu, bencana banjir akan menyebabkan beberapa gangguan perkhidmatan termasuk kerosakan infrastruktur dan risiko kepada penyebaran penyakit. Oleh itu, pentingnya kita perlu mengambil langkah-langkah persediaan awal dan keselamatan semasa musim banjir supaya anda dapat menyelamatkan nyawa dan mengawal kerugian yang tinggi.

 

 

Persediaan sebelum banjir

  • Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda
  • Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio, media sosial dan televisyen, serta bilik-bilik gerakan banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
  • Periksa lubang air seperti longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
  • Pastikan lokasi Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
  • Sediakan bekalan makanan dan peralatan kecemasan secukupnya
  • Pastikan seluruh keluarga mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan dan tidak panik.
  • Pastikan alat komunikasi dalam keadaan baik sepanjang musim hujan.

Semasa tanda-tanda bencana banjir dikesan

  • Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
  • Pindahkan peralatan di dalam rumah ke tempat yang selamat
  • Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau di dalam bekas kalis air atau bawa bersama 
  • Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
  • Beritahu kepada jiran-jiran supaya mereka bersedia menyelamatkan barang-barang penting

Semasa pemindahan

  • Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
  • Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana lebih mudah dan selamat.
  • Ikut laluan yang ditentukan

Di dalam kenderaan

  • Jika kenderaan anda tersangkut, kuncikan kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah ke tempat yang selamat.
  • Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.

Di dalam rumah

  • Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.
  • Bersedia dengan peralatan kecemasan
  • Segera berpindah ke pusat pemindahan jika amaran untuk dipindah.

Di luar rumah

  • Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
  • Elakkan dari melalui kawasan banjir kerana arus deras yang boleh mengancam nyawa anda.
  • Jangan bersiar-siar di kawasan banjir, sama ada dengan menaiki sampan mahupun berjalan kaki.
  • Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
  • Awasi keselamatan kanak-kanak.
  • Jangan minum air banjir.

Selepas banjir

  • Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yang berkuasa, jangan pulang ke rumah sebelum dibenarkan atau keadaan benar-benar selamat.
  • Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
  • Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mungkin tidak selamat.
  • Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air,

Semasa memasuki bangunan

  • Pakai kasut.
  • Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
  • Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.
  • Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.

Periksa ancaman bahaya

  • Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
  • Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.
  • Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
  • Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).
  • Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.
  • Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
  • Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.

 

Jangan lupa untuk ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Sarah Sahadin or known as Sarah S., is a Digital Marketer-cum-Junior Graphic Designer and Malay-language content writer who writes career, lifestyle and current trending contents to engage Malay readers, informing about the latest trends happening around. Sarah also has a passion for motorsport (can be spotted at Sepang Circuit on some certain weekends) and enjoys manga illustration during her free time.

Reach me at sarah@jobstore.com.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *