Anda biasanya melihat jam untuk menghitung detik sebelum anda meninggalkan pejabat mahupun menyiapkan kerja sehingga minit yang terakhir. Ia mungkin jadi salah satu rutin harian anda, namun anda mungkin menilai semula bagaimana anda mengakhiri hari kerja anda dengan betul.
Nak tahu macam mana? Ikuti 5 rutin petang terbaik sebelum anda pulang dari kerja!
1. Nilai semula tugasan anda
Rasa penat dengan jumlah tugasan yang anda perlu lakukan setiap hari? Dengan adanya senarai tugasan, anda pastikan semua aktiviti disenaraikan supaya anda tidak terlepas sebarang masalah kerja. Utamakan tugasan-tugasan anda mengikut susunan supaya anda boleh tentukan tugasan yang perlu diambil perhatian dan tugasan yang anda boleh ditangguhkan buat masa ini. Perhatikan semua tugasan yang perlu anda selesaikan. Sekiranya tugasan tersebut adalah penting, maka anda perlu merancang tindakan utama dan tuliskannya dengan tugasan yang lebih besar. Laksanakan aktiviti-aktiviti ini dengan memberikan keutamaan dari tugasan-tugasan penting ke tugasan-tugasan yang tidak penting.
2. Semak jadual tugasan anda untuk keesokan hari
Penjadualan (scheduling) adalah seni mengatur jadual anda sedemikian rupa sehingga anda dapat menyelesaikan tugasan-tugasan pada waktu yang anda ada. Ini dapat membantu anda untuk memahami apa yang anda boleh mencapai secara realistik dengan masa anda apabila dilakukan dengan berkesan. Ini bermakna anda mempunyai masa yang cukup untuk melaksanakan tugasan-tugasan penting sambil mengelakkan mengambil lebih dari yang anda mampu. Paling penting sekali, anda boleh memantapkan kerja untuk mencapai matlamat kerjaya anda dan mengekalkan keseimbangan kerja dan kehidupan yang baik. Anda boleh merancang jadual anda dengan memilih masa yang anda ingin lakukan untuk tugasan anda. Pertama, anda perluĀ mengikut langkah-langkah yang anda perlukan untuk memastikan tugasan anda boleh disiapkan. Akhir sekali, nilai aktiviti-aktiviti anda sama ada kesemua tugasan yang anda senaraikan ialah diperlukan.
3. Bincang bersama bos dan rakan-rakan sekerja anda
Anda mungkin mempertimbangkan untuk berbincang bersama bos dan rakan sekerja anda bagi membincangkan apa-apa projek yang anda lakukan belum selesai. Inin juga merupakan peluang yang bagus untuk anda bagiĀ double-checkĀ tarikh akhir untuk memastikan semua telah siapkan tugasan-tugasan tersebut.
Ā
4. Kemaskan meja kerja anda
Ramai daripada anda tidak mengemaskan meja kerja anda sebelum pulang ke rumah, namun ia akan menjadi susah semasa menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan. Jadi, bersihkan meja kerja anda dan kemaskan semua barang yang ada padanya supaya kelihatan profesional dan teratur. Jangan lupa untuk buangĀ item yang tidak guna dari meja kerja anda!
5. Renungkan balik apa yang anda lakukan hari ini
Ambil dalam 10-15 minit untuk renungkan sebelum anda tinggalkan pejabat. Tanya diri sendiri tentang apa yang anda telah belajar, perkara-perkara untuk ditambahbaikan dan peluang yang anda akan lakukan untuk masa depan. Anda juga boleh tulis perkara-perkara yang anda telah lakukan bagi menyokong proses refleksi untuk membolehkan anda merujuk kembali apabila diperlukan. Tambahan pula, anda boleh melakukan refleksi bersama rakan-rakan sekerja untuk merenungkan tugasan-tugasan yang akan datang, mengkaji semula tugasan-tugasan yang telah siap dan membuat keputusan penting.
Bagaimana anda menggunakan masa anda sebelum pulang dari kerja? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah. Jangan lupa untuk ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! LayariĀ Jobstore.comĀ untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Sarah Sahadin or known as Sarah S., is a Digital Marketer-cum-Junior Graphic Designer and Malay-language content writer who writes career, lifestyle and current trending contents to engage Malay readers, informing about the latest trends happening around. Sarah also has a passion for motorsport (can be spotted at Sepang Circuit on some certain weekends) and enjoys manga illustration during her free time.
Reach me atĀ sarah@jobstore.com.