Bagi lepasan SPM, pelan untuk keluar mencari rezeki sebelum melanjutkan pengajian sambil membina hala tuju kerjaya boleh menjadi menarik dan mencabar. Namun, persoalannya di mana anda akan bermula? Apa yang anda boleh lakukan? Apakah langkah pertama anda? Jika anda masih bergelut dengan pencarian kerja sepenuh masa untuk kali pertama dalam hidup anda, kami kongsikan 5 tips supaya anda berada di landasan yang betul!
1. Tentukan matlamat anda
Pernahkan anda membina matlamat anda dan tidak lama selepas menyedari bahawa ia tidak dilaksanakan? Sekiranya anda tidak pernah dengar tentang kaedah S.M.A.R.T, jom kita lihat! S.M.A.R.T merupakan satu akronim yang melambangkan langkah untuk membangunkan pelan yang berjaya untuk mencapai matlamat anda.
S = Specific (Spesifik)
Pastikan matlamat anda tertumpu dan jelas dengan membuatkannya spesifik. Contohnya, anda ingin “memohon untuk pekerjaan sebagai wakil khidmat pelanggan”, bukannya menyatakan tujuan anda “untuk mencari duit poket atau kerja”.
M = Measurable (Boleh diukur)
Jika anda mempunyai matlamat untuk memohon kerja sebagai wakil khidmat pelanggan, buat kajian terlebih dahulu. Cari sekurang-kurangnya 5 perkara dalam pekerjaan yang menarik minat anda. Ketahui bagaimana anda boleh dapatkan diri anda untuk mendapatkan 5 perkara tersebut sebagai cara untuk mengukur perkembangan anda.
A = Attainable (Boleh dicapai)
Matlamat yang kita tetapkan perlulah masuk akal. Misalnya, sekiranya anda bekerja sebagai wakil khidmat pelanggan, anda perlu tentukan jika anda mempunyai kualiti-kualiti yang ingin dicari oleh majikan.
R = Realistic (Realistik)
Ketahui kemampuan anda dengan review apa yang anda telah lakukan tidak dilaksankan pada sebelum ini. Sejajar dengan kelayakan dan keperluan untuk menentukan sama ada anda layak untuk memegang jawatan itu. Sekiranya anda tidak bersedia dengan pekerjaan itu, belajar dari kekurangan.
T = Timely (Tepat pada masa)
Nak capai matlamat anda kenalah tetapkan timeline anda! Jika matlamat anda untuk memohon kerja sebagai wakil khidmat pelanggan, bila anda mahukan matlamat ini dicapai? Mohon pekerjaan apabila anda mempunyai perkara-perkara lain untuk diselesaikan. Melalui cara ini, anda boleh siapkan tugas-tugas kecil sementara menunggu temuduga pekerjaan.
2. Kaji hala tuju pekerjaan
Perkara ini penting bagi semua lepasan SPM untuk menetapkan masa yang mencukupi bagi mengkaji pilihan anda tentang hala tuju kerjaya anda pada masa hadapan. Jangkaukan kepada individu dalam pekerjaan yang menarik minat anda dan dapatkan pemahaman yang lebih baik tentang kerjaya.
3. Membangunkan kemahiran anda
Terdapat dua kemahiran utama yang anda perlu membangunkan. Pertamanya ialah kemahiran profesional atau teknikal yang anda belajar atau dapatkan dari pengalaman kerja. Kedua ialah kemahiran pekerjaan, kemahiran yang boleh dipindahmilik yang boleh digunakan melalui pelbagai pekerjaan dan pengalaman hidup. Kebanyakan majikan menilai kebolehanpasaran pada calon, seperti:
- Kemahiran interpersonal dan komunikasi
- Kerja berpasukan
- Kepimpinan
- Kemahiran menyelesaikan masalah
- Merancang dan menganjurkan
- Khidmat pelanggan
Selain set kemahiran, sifat-sifat yang ada pada calon memainkan peranan yang penting dalam kebolehpasaran. Sifat merupakan ciri-ciri atau juga dikenali sebagai satu ciri keperibadian yang memperbaiki dan melengkapkan kemahiran kebolehpasaran anda, termasuk:
- Komitmen
- Kebolehpercayaan
- Minat
- Berakal
- Jujur
- Integriti
- Motivasi
- Kebolehsuaian
- Pengurusan masa
- Komunikasi secara bertulis dan lisan
- Kerja berpasukan
- Membuat kajian
4. Bina jaringan yang kuat
Networking merupakan strategi yang bagus untuk meneroka beberapa peluang pekerjaan dan berhubung dengan individu yang anda kenal, serta berkenalan dengan individu baharu. Mengamalkan minda networking dan membantu orang lain membolehkan anda bimbing ke arah pekerjaan yang betul. Ahli keluarga, rakan-rakan, jiran tetangga, rakan-rakan sekelas dan juga kenalan biasa anda adalah sebahagian dari network anda! Beritahu kepada mereka bahawa anda sedang mencari pekerjaan dan spesifikan tentang pekerjaan tersebut. Dapatkan sebarang maklumat atau kenalan baru dalam mana-mana bidang yang berkaitan.
Biasanya, networking merupakan proses memberi dan menerima yang berkisar mengenai menjalinkan hubungan, mencari dan berkongsi maklumat. Dalam networking, anda perlu sentiasa spesifik dalam permintaan anda dengan bersedia untuk menyatakan apa yang anda cari. Paling penting sekali, ambillah masa untuk mengekalkan network anda dengan mencari kenalan yang berkualiti, menekankan pada memupuk dan mengekalkan network anda, serta anda mungkin menemui peluang yang anda sedang mencari.
5. Jelas dan jujur
Sebaik sahaja anda berada di peringkat temuduga, anda perlu ingat untuk sentiasa terbuka dan jujur kepada individu yang temuduga anda. Beritahu mereka bahawa walaupun anda kurang berpengalaman, namun anda mempunyai motivasi dan minat untuk belajar. Apabila anda ingin membentangkan diri anda dengan terbaik, tampilkan dengan elevator pitch yang ringkas mengenai pengalaman dan kejayaan anda. Selain itu, anda perlu kekalkan pada keperluan yang berkait dengan pekerjaan yang anda memohon. Apabila giliran anda untuk bertanya, terangkan tentang peluang syarikat untuk pendidikan dan latihan selanjutnya. Ini merupakan cara terbaik untuk memberi petunjuk kepada mereka bahawa anda mempunyai motivasi yang tinggi untuk mempelajari pengetahuan yang baru.
Adakah anda bersedia untuk memulakan perjalanan kerjaya anda? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah. Jangan lupa untuk ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Sarah Sahadin or known as Sarah S., is a Digital Marketer-cum-Junior Graphic Designer and Malay-language content writer who writes career, lifestyle and current trending contents to engage Malay readers, informing about the latest trends happening around. Sarah also has a passion for motorsport (can be spotted at Sepang Circuit on some certain weekends) and enjoys manga illustration during her free time.
Reach me at sarah@jobstore.com.