Kesihatan mental

Tips Kesihatan Mental: Luangkan Masa untuk Diri Sendiri

Posted by

Pernahkah anda berasa terdesak mahu luangkan masa untuk diri sendiri? Kita sering sibuk dengan jadual kerja yang padat dan kadangkala amat susah untuk kita mencari masa melakukan perkara yang kita sukai. Kesihatan mental adalah amat penting dan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang rendah. Berikut adalah beberapa tips meluangkan masa untuk diri sendiri demi kesihatan mental.

 

Keluar pejabat ikut waktu

Ramai di kalangan kita yang tidak berani untuk keluar pejabat ikut waktu yang ditetapkan dalam dokumen perjanjian. Salah satu sebab adalah kerana tanggapan pekerja lain dan boss besar terhadap anda, seolah-olah anda tidak mengambil serius dengan tugasan sedia ada. Kerja tidak akan pernah habis, jadi abaikan tanggapan mereka tersebut demi kesihatan mental anda.

 

 

Ganjaran bulanan

Antara tips meluangkan masa untuk diri sendiri demi kesihatan mental adalah dengan membelanja diri sendiri tiap bulan atau dua bulan sekali. You deserve it! Luangkan sedikit masa selepas waktu bekerja atau semasa hujung minggu untuk melakukan perkara yang anda sukai. Ianya boleh jadi menonton wayang, pergi ke spa, makan malam bersama orang tersayang, window shopping dan lain-lain.

 

Bersenam

Bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu adalah baik untuk kesihatan mental anda kerana ianya membantu menghasilkan hormon ‘gembira’ lantas mengurangkan stres yang anda rasai. Rata-rata sibuk dengan jadual kerja yang padat, tetapi jangan gunakan ia sebagai alasan! Antara inisiatif yang mudah seperti parking kereta jauh sedikit dan jalan kaki ke pejabat. Gunakan masa tersebut untuk merancang hari anda sebaiknya.

 

Sertai kelas / workshop

Luangkan masa lapang anda dengan menyertai kelas atau workshop yang menyeronokkan atau yang anda sukai. Terdapat bermacam jenis kelas yang datang dengan pelbagai pakej yang ada di sekitar KL seperti kelas fotografi, kelas bahasa asing, kelas seni dan kraftangan, kelas penulisan atau kelas berenang dan sebagainya.

 

 

Gunakan pengangkutan awam

Sekiranya anda perlukan masa bersendirian sebelum ke tempat kerja atau pulang dari pejabat, pengangkutan awam merupakan inisiatif yang baik. Bukan saja anda dapat kurangkan stres menghadapi kesesakan lalu lintas, anda kini boleh luangkan lebih masa untuk merancang hari anda, membaca buku, mendengar podcast kegemaran dan lain-lain.

 

Keluar makan bersendirian

Setelah sibuk menyiapkan segala tugasan yang seperti tiada kesudahan, cuba luangkan masa bersendirian ketika makan tengahari tanpa ditemani sesiapa. Keluar makan bersendirian selama sejam tersebut adalah salah satu cara yang baik untuk mengekalkan kewarasan dan kesihatan mental anda daripada tekanan dan bebanan kerja.

 

Upah babysitter

Buat mereka yang sudah berkeluarga boleh cuba ikhtiarkan sedikit perbelanjaan untuk mengupah babysitter yang boleh dipercayai ketika hari bekerja atau juga pada waktu tertentu pada hujung minggu. Dengan pertolongan daripada babysitter, anda boleh menggunakan sedikit masa lapang tersebut untuk diri sendiri. 

 

 

Akhir Kata

Kuncinya di sini adalah dengan mengambil langkah yang sewajarnya dan merealisasikannya. Jika anda ingin meluangkan sedikit masa bersendirian demi kesihatan mental diri sendiri, jangan segan untuk menyuarakan pendapat tersebut.

 

Kongsikan pandangan anda di ruangan komen di bawah. Ikuti Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan, informasi kerjaya dan juga informasi gaya hidup.


Nurin Eznieka is a digital content writer who writes about lifestyle, tips and tricks, including career-related contents both in Malay and English languages. Nurin is a foodie who enjoys food hunting and cafe hopping during her free time.

Reach me at: nurin@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *