Novel Coronavirus

Coronavirus: Simptom dan Cara Mencegah Dari Dijangkiti

Posted by

Berikutan isu trending berkaitan coronavirus, bilangan pesakit yang disahkan positif novel coronavirus di Malaysia adalah warganegara China dan telah meningkat sebanyak 8 kes sebagaimana dilaporkan oleh The Star. Akan tetapi, bilangan pesakit yang meninggal dunia ekoran positif coronavirus di China pula semakin meningkat saban hari. 

Menurut laporan The Telegraph, pakar-pakar kesihatan telahpun memberi amaran bahawa dunia kini lampau tempoh untuk wabak penyakit berbahaya, lantas ianya wajar untuk masyarakat sentiasa bersiap-sedia. Berikut merupakan penjelasan ringkas mengenai simptom-simptom coronavirus dan cara mencegah dari dijangkiti.

 

Simptom-Simptom Coronavirus

Umumnya, novel coronavirus adalah kumpulan virus yang berasal dari haiwan dan tidak pernah dijumpai pada manusia sehingga kini. Simptom-simptom tersebut juga serupa dengan penyakit pernafasan yang lain seperti selesema. Menurut NHS dan WHO, simptom-simptom coronavirus kebiasaannya termasuk: 

  • Berasa penat
  • Sukar bernafas
  • Demam panas
  • Batuk / sakit tekak
  • Hidung berair (hingus)

 

Bagaimanakah Coronavirus Merebak?

Sama seperti selesema, novel coronavirus merebak melalui titisan apabila seseorang batuk atau bersin. Titisan tersebut kemudiannya merebak ke mana-mana permukaan dan lalu disentuh pula oleh orang lain. Individu akan dijangkiti virus tersebut apabila mereka menyentuh bahagian mulut, hidung dan mata dengan tangan yang telah dijangkiti. Justeru itu, adalah amat penting untuk anda sentiasa menjaga kebersihan tangan lagi-lagi setelah berada di tempat awam.

Secara am, individu dari semua peringkat umur berisiko untuk dijangkiti novel coronavirus. Tambahan pula, suruhanjaya kesihatan Wuhan telah memaklumkan dalam satu kenyataan di mana 60 kes baru-baru ini melibatkan individu berumur antara 15 hingga 88 tahun. Malah, individu yang mempunyai imun sistem yang lemah turut berpotensi untuk dijangkiti novel coronavirus.

 

Cara Mencegah Dari Dijangkiti

Antara cara mencegah dari dijangkiti novel coronavirus paling utama sekali adalah dengan menjaga kebersihan tangan anda pada setiap masa. Selain dari menggunakan hand sanitiser, anda disarankan juga untuk kerap membasuh tangan dengan sabun dan air yang bersih. Selain itu, elakkan daripada kerap menyentuh bahagian muka seperti mulut, hidung dan mata di mana kita sering melakukannya tanpa sedar.

Cara pencegahan yang lain termasuk:

  • Pakai topeng muka dengan betul (bahagian putih di dalam, biru di luar)
  • Bawa sekali dan simpan hand sanitiser di dalam bag 
  • Sentiasa cuci tangan sebelum makan
  • Jaga diri semasa di dalam pengangkutan awam dan elakkan dari menyentuh muka anda
  • Bawa tisu dan tutup mulut anda apabila batuk atau bersin dan jangan buang tisu tersebut merata-rata
  • Sentiasa desinfeksi peralatan dan telefon anda

Justeru itu, sekiranya anda mengalami simptom-simptom coronavirus seperti di atas, adalah disarankan untuk anda segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut. Pihak KKM juga menyediakan senarai hospital rujukan bagi mengendalikan kes-kes yang disyaki dan sahih 2019-nCoV seperti gambar di bawah:

 

26 Hospital rujukan
Sumber Gambar: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

 

Utamakan kesihatan anda! Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah. Ikuti Jobstore.com untuk informasi kerjaya dan peluang pekerjaan yang pelbagai!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *