Lazimnya, selepas mendapat keputusan SPM, para pelajar akan mula berasa gelisah kerana memikirkan masa depan. Ini kerana, hala tuju selepas tamat SPM menjadi satu persoalan besar untuk para pelajar sama ada untuk menyambung pelajaran atau melangkah masuk ke alam pekerjaan.
Oleh itu, para pelajar lepasan SPM perlu memastikan mereka membuat pilihan yang bijak agar tidak tersalah langkah.
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan hala tuju lepas SPM yang boleh membantu anda membuat pilihan yang lebih tepat.
1. Tetapkan matlamat kerjaya
Sebelum memilih universiti, kolej atau kursus yang ingin diceburi, anda wajib mempunyai matlamat dan kerjaya pilihan terlebih dahulu.
Sebagai contoh, sekiranya anda bercita-cita untuk menjadi seorang pereka grafik, anda perlu membuat sedikit kajian tentang kemahiran yang anda perlu kuasai untuk menjadi pereka grafik yang baik. Ambil tahu sedikit sebanyak berkenaan kerjaya tersebut.
Anda boleh gunakan laman web Jobstore untuk membuat semakan pasaran kerjaya. Ini kerana Jobstore merupakan medium carian pekerjaan nombor satu di Asia dengan lebih 100,000 pekerjaan dibuka setiap bulan.
Sebagai contoh, sekiranya anda ingin menjadi seorang pereka grafik, lihat pada iklan yang mencari pereka grafik dan fokus pada gaji dan kriteria yang diperlukan. Berdasarkan iklan tersebut, tetapkan matlamat anda untuk menguasai kemahiran-kemahiran yang dinyatakan.
2. Kenal pasti institut pengajian tinggi yang ingin dipohon
Senaraikan institut pengajian tinggi yang layak dipohon berdasarkan keputusan SPM serta yang mempunyai kursus bersesuaian. Fokus pada tempoh pengajian, jumlah yuran pengajian, serta syarat kelayakan minimum bagi kemasukan menggunakan keputusan SPM.
Jangan buat satu permohonan sahaja kerana walaupun keputusan SPM anda memenuhi syarat kelayakan, tidak semestinya permohonan anda akan berjaya.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak mahu atau mungkin tidak berkemampuan untuk menyambung pelajaran, anda tidak perlu malu atau takut. Ini kerana, generasi sekarang mempunyai kecenderungan untuk kerja dan memiliki wang sendiri.
Artikel berkaitan: Mengapa lepasan SPM tidak mahu sambung belajar?
Nasihat kami, jangan hadkan diri untuk bekerja sahaja. Ambil ruang dengan mengambil kursus pendek yang sesuai dengan kemahiran anda untuk tambah ilmu dan tingkatkan skill sedia ada. Jadi, dalam masa anda bekerja, anda akan ada added value yang boleh digunakan pada masa depan.
Semoga perkongsian ini membantu anda membuat pilihan yang tepat demi masa depan anda.