AI (kecerdasan buatan) atau artificial intelligence dijangkakan akan memberi ancaman pada masa akan datang apabila dilihat telah mengambil alih beberapa tugasan manusia. Dari mesin tenun hingga mikrocip, pendekatan teknologi canggih dilihat akan berterusan menjadi alternatif kepada penyelesaian masalah malah menjimatkan masa dan tenaga pada zaman pendigitalan ini.
Artikel berkaitan: Ini Rupanya Kelebihan ChatGPT Yang Ramai Tak Tahu
Memetik laporan Berita Harian, AI diunjurkan berupaya menggantikan 80% pekerjaan manusia dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Menurut pengarang Rule of the Robots: How Artificial Intelligence Will Transform Everything, Martin Ford, situasi ini boleh menjadi malapetaka namun bukan untuk semua bidang pekerjaan. Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 5 bidang pekerjaan yang mungkin tidak akan diambil alih AI.
1. Sains, Perubatan & Undang-Undang
Terdapat jaminan dalam bidang sains, perubatan dan undang-undang bahawa AI tidak akan ambil alih pekerjaan ini.
Walau bagaimanapun, pada Januari 2022, Jop Hopkins University telah berjaya membangunkan sistem robotik berasaskan AI yang mampu menjahit semula tisu terbuka selepas pembedahan tanpa tangan manusia menggerakkannya.
AI yang dibangunkan itu telah berjaya mencantumkan tisu dalam pembedahan laparoskopik yang termsauk dalam kategori pembedahan yang cukup rumit kerana memerlukan cantuman semula usus yang sempurna untuk dilakukan.
Kejayaan ini dilihat sebagai detik penting dalam dunia perubatan.
2. Juruteknik
Juruteknik yang berpengetahuan dan berkemahiran menyelenggara mesin atau jentera dikatakan bakal menjadi pekerjaan yang tidak akan diambil alih AI.
Bidang profesion seperti elektrik, mekanik, perpaipan dan sebagainya dilihat sebagai pilihan yang selamat kerana memerlukan kemahiran sentuhan tangan.
Artikel berkaitan: Bidang pekerjaan yang mungkin tidak mampu ‘dirampas’ kecerdasan buatan, jom semak!
3. Pengurusan Sumber Manusia
Pengurusan sumber manusia atau human resource (HR) merupakan antara bidang pekerjaan yang akan kekal selamat tanpa campur tangan AI.
Ini adalah kerana isu-isu dan konflik di pejabat serta hubungan antara majikan dengan pekerja memerlukan penyeliaan daripada seorang manusia.
4. Pengaturcaraan (programmer)
Bidang pengaturcaraan akan semakin diperlukan apabila penggunaan AI meningkat. Walau bagaimanapun, terdapat AI yang membantu pembangunan perisian khususnya dalam membuat saringan data dan memecahkan informasi kepada bentuk yang lebih tersusun.
5. Petugas Kebajikan
Bidang pekerjaan seperti ini lazimnya akan mengadakan aktiviti sosial dengan berfokuskan kumpulan sasaran tertentu. Tugas-tugas seperti menjaga kebajikan orang yang tidak bernasib baik dan sebagainya diramal sukar untuk diganti dengan AI dan mesin.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan panduan untuk anda pada masa akan datang.
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com