3 Tips Elak Sakit Belakang Akibat Duduk Terlalu Lama

Posted by

Sakit belakang, sakit badan, sakit pinggang dan sakit punggung adalah masalah biasa dialami rakyat Malaysia terutamanya yang bekerja di pejabat kerana terpaksa duduk di meja kerja selama hampir lebih enam jam. 

Kajian menunjukkan duduk dalam tempoh enam jam secara berterusan selama 15 tahun meningkatkan 40 peratus punca kematian berbanding individu yang duduk kurang tiga jam.

Duduk terlalu lama akan meningkatkan dua kali ganda risiko terkena penyakit kardiovaskular berbanding kerja yang memerlukan anda berdiri. 

Oleh itu, kami akan kongsikan kepada anda 3 tips elak sakit belakang akibat duduk terlalu lama.

1. Bangun dari tempat duduk

Tips Elak Sakit Belakang Akibat Duduk Terlalu Lama

Perkara yang paling mudah yang anda boleh lakukan adalah bangun dari tempat duduk anda. Berjalan di sekeliling pejabat selama seminit dua kerana ia membantu mengubah postur badan dan menjana pengaliran darah.

Anda juga boleh bangun dari tempat duduk dan ambil tiga ke empat langkah jauh dari meja. 

2. Betulkan postur badan ketika duduk

Tips Elak Sakit Belakang Akibat Duduk Terlalu Lama

Postur badan yang betul dapat mengurangkan risiko untuk sakit belakang. Ia juga membolehkan anda bekerja dalam tempoh masa yang lebih lama tanpa rasa sakit atau lenguh.

6 cara duduk yang betul:

  • Duduk tegak dan sandarkan badan ke belakang
  • Pungggung perlu sentiasa berada di bahagian belakang kerusi
  • Tukar posisi duduk dengan kerap
  • Jangan silangkan kaki
  • Pastikan kaki rata dan sentuh lantai
  • Pastikan skrin komputer sama paras dengan mata

Artikel berkaitan: Bukan Sahaja Berdiri, Postur Badan Ketika Duduk & Tidur Juga Penting Untuk Tulang!

3. Regangan

Tips Elak Sakit Belakang Akibat Duduk Terlalu Lama

Mungkin kalau anda malas atau malu untuk bangun dari tempat duduk, anda boleh lakukan regangan (stretching). Regangan secara berterusan dapat membantu menjaga otot agar lebih fleksibel terutamanya di bahagian tulang belakang. 

Semoga perkongsian kami kali ini menjadi panduan untuk anda pada masa hadapan. 

Ikuti kami di semua platform media sosial untuk informasi kerjaya, peluang pekerjaan dan banyak lagi!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *