Ini Kelebihan Menderma Darah Yang Ramai Tak Tahu

Ini Kelebihan Menderma Darah Yang Ramai Tak Tahu

Posted by

Amalan menderma darah adalah satu kegiatan altruistik yang bermaksud sifat suka menjaga kebahagiaan dan kebajikan orang lain. Menurut kajian, kegiatan altruistik dikaitkan dengan kesihatan yang baik dan umur yang lebih panjang!

Negara memerlukan sekurang-kurangnya 2,000 beg darah setiap hari yang menampung kegunaan kira-kira 1,000 orang pesakit. Tahukah anda, dengan menderma darah, anda berkuasa untuk menyelamatkan sehingga tiga nyawa sekaligus?

Nak tahu apa lagi kebaikan menderma darah yang mungkin anda tak pernah dengar sebelum ini? Jom kami kongsikan!

1. Dapat mengurangkan kalori dalam badan

Ini Kelebihan Menderma Darah Yang Ramai Tak Tahu

Dengan menderma darah, anda dapat mengurangkan kalori dalam badan dengan hanya berbaring di atas kerusi.

Kajian mendapati menderma darah dapat membakar 600 kalori setiap kali pendermaan. Sebab itu setiap penderma disarankan untuk makan sebelum menderma darah bagi membekalkan tenaga yang mencukupi.

Walau bagaimanapun, penderma hanya boleh menderma sekali dalam tiga bulan, bergantung kepada status kesihatan, hemoglobin darah dan tahap zat besi penderma.

2. Mengurangkan risiko penyakit jantung

Ini Kelebihan Menderma Darah Yang Ramai Tak Tahu

Menurut kajian, amalan derma darah sekurang-kurangnya setahun sekali dapat mengurangkan 88% risiko serangan jantung. Dengan menderma darah secara konsisten, tahap zat besi (iron) dalam badan akan terkawal. Apabila zat besi dalam darah berlebihan, ia boleh merosakkan tisu dan organ serta berkemungkinan mengakibatkan serangan jantung.

Artikel berkaitan: Derma Darah Boleh Meningkatkan Kesihatan

3. Mengurangkan risiko penyakit kanser

Ini Kelebihan Menderma Darah Yang Ramai Tak Tahu

Zat besi yang berlebihan dalam badan juga dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser.

Pesakit yang mengurangkan zat besi dalam darah melalui pendermaan mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat kanser berbanding pesakit yang tidak menderma darah.
 
4. Dapat menggantikan sel darah baru
Ini Kelebihan Menderma Darah Yang Ramai Tak Tahu
 
Apabila menderma darah, sel darah merah baharu akan terbentuk. Kebiasaannya, penderma akan berasa pening selepas menderma darah akibat darah dalam badan yang sudah berkurang. Tetapi jangan risau, ini hanya sebentar sahaja. Untuk memudahkan proses pembaharuan darah yang baharu, anda disarankan untuk minum air yang banyak dan makan makanan yang tinggi zat besi. 
 
5. Pemeriksaan kesihatan secara percuma
Ini Kelebihan Menderma Darah Yang Ramai Tak Tahu
 
Sebelum menderma darah, doktor atau petugas perubatan akan memeriksa anda untuk menentukan tahap kesihatan semasa seperti tekanan darah, berat badan, sejarah kesihatan, gaya hidup dan lain-lain.
 
Selain itu, darah juga akan diuji untuk penyakit berjangkit. Anda juga boleh tahu kumpulan darah anda sebelum menderma. Sekiranya semuanya normal, baru anda akan dibenarkan untuk menderma.
 
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan pengetahuan baru buat anda.
 

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *