5 Tanda Anda Memiliki IQ Rendah

5 Tanda Anda Memiliki IQ Rendah

Posted by

IQ adalah singkatan kepada intelligence quotient yang juga disebut sebagai pengukur kepada tahap kecerdasan minda seseorang. Setiap orang memiliki tahap IQ yang berbeza-beza, ada yang memiliki tahap IQ rendah dan tahap IQ tinggi. 

Tinggi atau rendah IQ seseorang bergantung kepada beberapa faktor antaranya tempat tinggal, pendapatan keluarga dan tahap pendidikan seseorang itu. 

Artikel berkaitan: 16 Signs of Low Intelligence

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 5 tanda-tanda anda memiliki IQ yang rendah.

1. Kurang rasa ingin tahu

5 Tanda Anda Memiliki IQ Rendah

Seseorang yang mempunyai IQ rendah mempunyai kurang rasa ingin tahu tentang perkara baru, atau perkara-perkara yang tidak membawa faedah kepadanya. Mereka juga enggan bertanya dan hanya ingin mengambil tahu perkara yang mereka perlu tahu sahaja. 

2. Berfikiran hitam putih

5 Tanda Anda Memiliki IQ Rendah

Seseorang yang mempunyai IQ rendah mempunyai cara fikir dikotomi (antara dua ekstrem) sama ada hitam atau putih sahaja. Tiada kelabu, tiada pertengahan. Mereka percaya bahawa hitam atau putih adalah penyelesaian dan masalah utama tanpa mampu memahami wujud bermacam spektrum kelabu di antara kedua-dua warna.

3. Tidak berminat untuk belajar benda baharu

Individu yang mempunyai IQ rendah tidak berminat untuk belajar benda-benda baharu dan kebiasaannya mereka ini tidak produktif. Mereka juga tidak memiliki sebarang keinginan untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan.

4. Berfikiran sempit

Seseorang dengan IQ rendah cenderung untuk berfikiran sempit terhadap idea, pendapat, dan informasi baru. Ini menjadikan pengetahuan mereka tidak berkembang. Mereka juga gagal untuk membuka minda dan sering merasa pandai. 

Lazimnya mereka hanya berpegang teguh pada pengetahuan yang dimiliki sehingga menjadikan mereka berasa cukup dengan pengetahuan tersebut.

5. Tidak mempunyai motivasi

Individu yang memiliki IQ rendah tidak mempunyai motivasi dan cenderung untuk tidak menikmati kegiatan yang mereka lakukan. Mereka tidak mampu memotivasi diri untuk bangun, mandi, atau bahkan keluar rumah.

Semoga perkongsian kami kali ini memberi ilmu baru buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *