Elakkan Minum Kopi Waktu Pagi! Ini Sebabnya

Elakkan Minum Kopi Waktu Pagi! Ini Sebabnya

Posted by

Kopi merupakan salah satu minuman yang digemari oleh semua orang di serata dunia. Sesetengah individu akan memulakan harinya dengan menghirup secawan kopi kerana mereka percaya ia memberi tenaga dan mampu menghilangkan rasa mengantuk. 

Namun, menurut pakar kesihatan, ia mungkin bukan minuman terbaik untuk diminum pada waktu pagi. Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 5 sebab kenapa anda perlu elakkan minum kopi pada waktu pagi. 

1. Menyebabkan ketidakselesaan pada perut

Elakkan Minum Kopi Waktu Pagi! Ini Sebabnya

Walaupun kopi berkesan menyegarkan anda, tapi ia sebenarnya akan menyebabkan perut meragam dan boleh menyebabkan anda keluar masuk tandas dengan lebih kerap. 

Kopi akan mengaktifkan sistem saraf anda dan seterusnya mempengaruhi usus besar dan boleh menyebabkan cirit-birit. Sesetengah individu gemar menambah susu atau krim ke dalam kopi mereka.

Tetapi malangnya mereka mempunyai intoleransi laktosa iaitu keadaan di mana badan tidak dapat mencerna sejenis gula dalam susu yang dipanggil laktosa. 

Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya cirit-birit, kentut dan juga kembung perut selepas makan atau minum produk tenusu.

Artikel berkaitan: Intoleransi Laktosa – Simptom dan Punca

2. Berasa lebih mengantuk

 

Elakkan Minum Kopi Waktu Pagi! Ini Sebabnya

Kopi sememangnya menjadi pilihan utama dalam senarai minuman untuk menghilangkan mengantuk. Tetapi sebenarnya, kafein yang terkandung dalam kopi hanya akan menggandakan tahap hormon stres dan boleh menyebabkan anda menghadapi masalah susah tidur yang menjurus kepada keletihan. 

Menurut Dr Ahmad Samhan Awang, seorang Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur, beliau berpendapat bahawa pengambilan kafein pada jam 8 hingga 9 pagi adalah sangat tidak sesuai kerana secara biologinya pada waktu itu badan telah menghasilkan hormon kortisol secara maksima.

Waktu terbaik untuk menikmati kopi adalah antara jam 10 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 hingga 5 petang kerana tahap hormon kortisol dalam badan sudah mulai menurun.

3. Dapat menaikkan berat badan

Kopi secara saintifknya merupakan pembakar lemak semula jadi. Walau bagaimanapun, pengambilan kopi secara berlebihan serta tambahan gula, krim atau susu akan membawa kepada kenaikan berat badan. 

4. Menyebabkan kegelisahan

Elakkan Minum Kopi Waktu Pagi! Ini Sebabnya

Kopi merupakan sejenis stimulan. Kajian menunjukkan pengambilan kopi boleh menyebabkan seseorang itu resah dan mungkin boleh terjadinya serangan panik. 

Orang dewasa yang mengambil lebih daripada 400 mg kafein setiap hari akan berisiko mengalami keresahan dan serangan panik. Sekiranya anda penggemar kopi, ketahuilah bahawa secawan kopi bersaiz grande mengandungi hampir 310 mg kafein.

5. Meningkatkan kadar gula dalam darah

Kopi seharusnya diminum tanpa gula. Menambah gula dan susu dapat meningkatkan jumlah kalori sekaligus dapat meningkatkan kadar gula dalam darah.

Semoga perkongsian kami kali ini memberi ilmu baru buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *