Negara Jepun sering digambarkan sebagai sebuah negara yang kuat bekerja. Ditambah pula dengan kemajuan dan kehebatan teknologi yang sering menjadi contoh dalam bidang kepakaran tertentu.
Kejayaan pengurusan organisasi Jepun juga banyak dicontohi oleh organisasi negara luar termasuklah Malaysia.
Namun, inilah realiti sebenar budaya kerja orang Jepun yang ramai tak tahu.
Realiti Budaya Kerja Orang Jepun
1. Karoshi
Karoshi bermaksud bekerja sampai mati. Ia berlaku disebabkan orang Jepun yang terlalu bekerja keras dan mereka telah terbiasa bekerja lebih dari 8 jam sehari. Walaupun ini tidak baik untuk kesihatan, tetapi pekerja di Jepun tetap melakukannya.
Artikel berkaitan: Realiti Di Sebalik ‘Karoshi’, Budaya Terlebih Kerja Sampai Mati Di Jepun
2. Shitsuren Kyuka – cuti putus cinta
Cuti putus cinta diperkenalkan di negara Jepun, khususnya bagi wanita untuk membolehkan para pekerjanya menghilangkan rasa sedih dan mewujudkan kembali perasaan tenang dalam hati. Pekerja yang berumur 24 tahun dan ke bawah boleh mengambil cuti selama satu atau dua hari manakala 25 tahun dan ke atas dibenarkan untuk bercuti selama tiga hari.
Artikel berkaitan: Law Passed To Allow Employees To Go On ‘Heartbreak Leave’ From Work
3. Pekerja dipilih berdasarkan jenis darah
Di negara Jepun, mereka mempercayai bahawa jenis darah mempengaruhi personaliti diri seseorang. Sesetengah orang Jepun mengambil serius dan menilai seseorang hanya dengan melihat jenis darah mereka.
Sebagai contoh, sebuah syarikat automotif di Jepun memerlukan seseorang yang mempunyai darah AB untuk bekerja di sana kerana mereka beranggapan darah AB mempunyai kualiti yang lebih baik berbanding darah lain dalam melaksanakan kerja.
Artikel berkaitan: Makna Di Sebalik Jenis Darah Bagi Masyarakat Jepun
4. Kaizen
Kaizen merupakan budaya kerja orang Jepun yang diterapkan dalam sesebuah syarikat dan sangat penting untuk meningkatkan mutu kerja, penciptaan inovasi dan pengurusan kerja yang efektif.
Artikel berkaitan: Falsafah Kaizen – Penggerak Kebangkitan Ekonomi Jepun
5. Kerja keras agar tidak dipecat
Di Jepun, setiap pekerja diperuntukkan 20 hari cuti tahunan dalam tempoh setahun. Namun, mereka jarang ambil cuti tahunan.
Mereka beranggapan sekiranya mereka membuat kerja sambil lewa, mereka akan dipecat dan akan digantikan dengan orang lain. Sekiranya mereka mengambil cuti, pekerja-pekerja di sana akan merasa bersalah.
Hakikatnya, budaya kerja di Jepun ada baik dan buruknya. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu bijak untuk memilih sama ada ingin mencontohi budaya kerja positif ataupun negatif kerana ia bukan sahaja akan memberi impak kepada syarikat malah pada diri sendiri juga.
Semoga perkongsian kami kali ini memberi ilmu baru buat anda.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com