5 Pekerjaan Paling Teruk Pernah Wujud Zaman Dahulu

Posted by

Generasi muda kini dilihat gemar mengeluh dengan pekerjaan yang mereka lakukan ketika ini. Ada yang mengeluh tentang kesukaran kerja mereka, ada yang mengeluh mereka tidak mendapat gaji yang mencukupi, dan banyak lagi!

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 5 pekerjaan paling teruk yang pernah wujud suatu ketika dahulu yang akan buatkan anda rasa bersyukur dengan pekerjaan anda sekarang.

1. Sin-eater – Tukang makan dosa orang lain

5 Pekerjaan Ini Pernah Wujud Zaman Dahulu

Masyarakat Kristian zaman dahulu percaya bahawa kesalahan serta dosa seseorang yang telah mati boleh dipindahkan kepada orang yang sanggup atau juga dipanggil sin-eater. Ia membolehkan si mati mendapat balasan dari syurga.

Keluarga si mati akan meletakkan roti di atas dada dan minuman di sebelah mayat dan ia akan menyedut semua perkara jahat dari si mati sebelum dikebumikan. 

Roti tersebut akan dimakan sin-eater menandakan peralihan dosa telas selesai dan sin-eater tersebut akan meruskan kehidupannya dengan dosa daripada si mati. 

Pekerjaan ini akhirnya dihentikan kerana masyarakat Kristian dahulu sedar tentang kesilapan ritual yang mereka jalankan.

2. Punkah Wallah – Tukang pusing kipas bangsawan

5 Pekerjaan Ini Pernah Wujud Zaman Dahulu

Pegawai-pegawai kolonial British memerlukan sistem kipas automatik sendiri kerana mereka merasa kurang selesa dengan cuaca panas di India. 

Kipas automatik sendiri itu diperbuat daripada buluh yang memerlukan seseorang untuk menggerakkannya. Lazimnya, tugas ini diberikan kepada individu dari kasta rendah. Mereka yang terpilih akan bertugas sepanjang hari untuk mengendalikan dua tali yang terpasang pada kipas agar ia berayun. 

3. Knocker upper – Tukang kejut orang bangun pagi

5 Pekerjaan Paling Teruk Pernah Wujud Zaman Dahulu

 

Masyarakat Britain telah melantik individu yang akan datang dari rumah ke rumah untuk mengetuk tingkap pada setiap hari bermula jam 5 pagi. Semua petugas atau knocker upper ini akan dibekalkan dengan satu alat berupa kayu dengan bongkah kayu dihujungnya agar tidak menggangu ketenteraman jiran tetangga. 

Mereka menggunakan kayu tersebut untuk mengetuk tingkap individu yang perlu dibangunkan secara speisifik. Pekerjaan ini akhirnya dihentikan kerana penggunaan jam loceng telah wujud selepas era ini. 

4. Groom of the stool – tukang urus najis raja

5 Pekerjaan Paling Teruk Pernah Wujud Zaman Dahulu

Groom of the stool (GOTS) bertanggungjawab untuk membuka pakaian raja setiap kali raja ingin membuang air. Selepas raja selesai membuang air, GOTS perlu membersihkan bahan buangan yang telah selamat dikeluarkan. Bahkan ada GOTS yang perlu memeriksa tahap kebersihan lubang dubur raja agar kesihatan raja terjaga.

GOTS dipilih dalam kalangan individu-individu bangsawan sendiri. Seorang GOTS juga dikatakan rapat dengan raja. Jadi, pekerjaan ini menjadi rebutan untuk mereka yang ingin membina pengaruh dan hubungan dengan pemegang kuasa.

5. The Whipping Boy

5 Pekerjaan Paling Teruk Pernah Wujud Zaman Dahulu

Golongan bangsawan Eropah pada masa dahulu menghadapi kesukaran untuk mendidik dan membentuk kelakuan serta akhlak anak-anak raja bertaraf putera. Mereka ini tidak boleh dihukum tetapi dalam masa yang sama mereka perlu diajar tentang kepentingan disiplin.

Disebabkan itu, kelahiran putera dalam keluarga monarki memerlukan mereka untuk mencari teman sebaya dan sama jantina ataupun whipping boy yang bakal dibesarkan bersama-sama dengan putera raja tersebut. Tujuannya adalah untuk menggantikan tubuh putera itu.

Setiap kali putera raja melakukan kesalahan yang memerlukan dirinya untuk dihukum, whipping boy yang akan menerima hukuman bagi pihak putera raja. 

Lazimnya, whipping boy datang dari keluarga susah yang sudi memberikan anak mereka kepada pihak istana agar anaknya mendapat kehidupan yang lebih selesa.  

Artikel berkaitan: 10 Awful Jobs You’ll Be Glad No Longer Exist

Semoga perkongsian kami kali ini memberi ilmu baru buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *