Pekerjaan Dengan Gaji Tinggi Yang Boleh Membawa Maut

Pekerjaan Dengan Gaji Tinggi Yang Boleh Membawa Maut

Posted by

Setiap kali topik pekerjaan dibicarakan, pastinya yang muncul di fikiran kita adalah pejabat, bangunan tinggi, komputer dan lain-lain yang berkaitan.

Dalam artikel kali ini, kami akan bongkarkan pekerjaan-pekerjaan yang mungkin anda tidak pernah tahu kewujudannya sebelum ini. Terdapat beberapa pekerjaan dengan gaji tinggi tetapi mempunyai risiko tinggi untuk kehilangan nyawa.

1. Juruterbang dan jurutera penerbangan

Pekerjaan Dengan Gaji Tinggi Yang Boleh Membawa Maut

Kesilapan manusia kadangkala menjadi penyebab kepada banyak kematian juruterbang pesawat dan jurutera penerbangan semasa bekerja termasuk juga kesilapan mekanikal dan perubahan cuaca yang tidak dapat dijangka.

2. Jurukimpal dalam air

Pekerjaan Dengan Gaji Tinggi Yang Boleh Membawa Maut

Air dan elektrik merupakan gabungan yang buruk kerana air merupakan salah satu konduktor elektrik.  

Jurukimpal bertanggungjawab membaiki saluran paip, empangan, kimpal dan sebagainya. Mereka juga terdedah kepada risiko berlakunya letupan dan bahaya daripada tekanan dalam air yang berbeza-beza. Contohnya, apabila penyelam terperangkap di bawah aliran air yang mempunyai tekanan tinggi, mereka berpotensi untuk lemas.

Artikel berkaitan: Jurukimpal Dalam Air Wanita Pertama Malaysia

3. Pekerja pelantar minyak

Pekerjaan Dengan Gaji Tinggi Yang Boleh Membawa Maut

Ramai generasi muda kini yang bekerja sebagai jurutera, juruteknik di pelantar minyak. Ia sememangnya diakui oleh mereka sendiri bahawa pekerjaan ini amat mencabar dan berisiko tinggi.

Ia boleh dibuktikan dengan tragedi pertumpahan minyak yang dinamakan sebagai The Deepwater Horizon yang berlaku di Teluk Mexico. Tragedi ini telah meragut 11 nyawa dan sekali gus membuktikan bahawa pekerjaan di pelantar minyak merupakan salah satu pekerjaan yang paling berbahaya baik di pesisir (offshore) dan darat (onshore).  

Mereka juga mengaku bahawa kadangkala pekerjaan ini tidak berbaloi walaupun dibayar dengan gaji yang tinggi. Pekerja pelantar perlu bekerja lebih masa sehingga 16 jam sehari dan perlu bekerja di ketinggian yang luar biasa dengan peralatan yang berat dan berbahaya.

Walau bagaimanapun, punca ramai pekerja terkorban ketika bertugas adalah disebabkan kemalangan kenderaan.

4. Pelombong

Pekerjaan Dengan Gaji Tinggi Yang Boleh Membawa Maut

Pelombong perlu bekerja di dalam lorong-lorong bawah tanah yang sangat sempit, gelap, sesak yang menyebabkan mereka sukar untuk bernafas akibat kekurangan udara serta habuk arang batu yang tebal. 

Mereka juga terdedah kepada risiko keruntuhan gua, letupan, kebocoran bahan kimia, keletihan, terjatuh, renjatan elektrik, asap toksik dan beban berat. Perlombongan juga merupakan antara pekerjaan paling kotor di dunia.

5. Pembalak

Pekerjaan Dengan Gaji Tinggi Yang Boleh Membawa Maut

Satu-satunya perkara yang lebih menakutkan daripada menebang pokok yang tinggi dan berat adalah mengendalikan jentera-jentera berat. Kebanyakan kematian dalam sektor ini adalah disebabkan oleh pokok tumbang atau kesilapan dalam mengendalikan peralatan.

Semoga perkongsian kami memberi ilmu baru buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *