Rutin pagi selepas bangun tidur adalah asas utama bagaimana dan apa yang akan berlaku di sepanjang hari anda. Lazimnya, orang-orang berjaya akan memulakan hari mereka pada awal pagi. Jadi, kalau anda ingin berjaya, ikuti 5 rutin pagi yang kami kongsikan ini.
Sebelum tidur, rancang aktiviti untuk keesokan harinya. Untuk menjadikan hari anda lebih produktif dan tersusun, senaraikan tugasan yang perlu diselesaikan pada keesokan hari. Tidur tepat pada waktunya. Jika keesokan harinya anda bekerja, sediakan pakaian ke pejabat sebelum masuk tidur.
2. Bangun awal
Menurut sumber, setiap manusia yang ingin melakukan sesuatu yang benar-benar memberi impak kepada diri, mereka harus mulakan hari dari awal pagi lagi. Orang berjaya kebiasaannya akan bangun lebih awal dan memanfaatkan sebaik mungkin waktu tersebut kerana bak kata peribahasa melayu, masa itu emas.
Ramai tokoh dunia berjaya yang menjadikan tabiat bangun pagi ini sebagai rutin setiap hari antaranya Steve Jobs, Barack Obama, Mark Zuckerbeg, Bill Gates dan ramai lagi.
3. Menulis jurnal
Journaling memberi peluang untuk menjelaskan pemikiran anda dan dalam masa yang sama anda dapat buat refleksi diri. Anda boleh menulis perasaan dan isi hati dalam bentuk coretan atau gambar sebelum memulakan hari anda. Budaya menulis jurnal amat jarang dipraktikkan dalam masyarakat di Malaysia namun sebenarnya, budaya ini amat popular di negara barat kerana terbukti keberkesanannya untuk memori.
4. Elakkan penggunaan telefon
Mencapai telefon sebaik membuka mata boleh mengurangkan kemahuan diri terutama apabila menerima pelbagai mesej yang mungkin mengganggu anda.
Waktu pagi sebenarnya adalah waktu yang paling sesuai untuk melakukan senaman atau membuat keputusan positif dalam kehidupan anda dan bukannya melihat telefon.
5. Bersihkan tempat tidur
Mengemas katil pada setiap pagi akan meningkatkan produktiviti kehidupan anda. Ia juga adalah cara untuk memulakan pagi dengan cara yang lebih teratur. Mengemas tempat tidur adalah langkah awal untuk mewujudkan kehidupan yang teratur, bijaksana, bertanggungjawab, seimbang dan berjaya.
Semoga perkongsian kami ini memberi panduan untuk anda pada masa hadapan.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com