Bunyi Jam Loceng: Kaitannya Kepada Psikologi Manusia

Posted by

Fungsi jam loceng atau juga dikenali sebagai penggera adalah untuk membangunkan anda dari tidur dengan bunyinya yang kuat. Malah, ada juga yang akan menetapkan lagu-lagu rock atau metal supaya dengan bunyian tersebut ia akan memudahkan anda untuk terjaga.

Tetapi, tahukah anda bahawa bunyi jam loceng yang kuat tidak baik untuk kesihatan psikologi manusia?

1. Bunyi jam loceng yang kuat adalah ancaman kepada otak

Bunyi jam loceng yang kuat akan mengaktifkan sistem saraf simpatik ketika tidur. Keadaan itu akan bertindak balas oleh otak sebagai ancaman kerana badan terpaksa bangun sebelum jam sepatutnya. Disebabkan itu, jika anda bangun secara mengejut, anda akan tersedar dengan berasa pening dan berkemungkinan emosi anda pada hari itu akan terganggu.

2. Jam loceng terbaik adalah bunyi yang tenang

Menurut Dr. James Giordano, pensyarah dari Jabatan Neurologi, beliau mengatakan bahawa bunyi penggera yang tenang adalah bunyi yang tidak mengejutkan dan tidak mengganggu anda ketika bangun dari tidur.

3. Bunyi jam loceng yang tenang akan bangunkan anda secara beransur-ansur

Menurut kajian, jam loceng yang tenang akan menjadikan otak aktif secara perlahan-lahan. Oleh itu, hormon stres juga akan dilepaskan secara beransur-ansur.

4. Belajar bangun sendiri tanpa bergantung pada bunyi jam loceng

Bangun sendiri tanpa bergantung pada bunyi jam loceng adalah sesuatu yang baik untuk kesihatan. Ini kerana, otak anda tidak akan terganggu oleh bunyi-bunyian lain ketika anda tidur.

Pola tidur yang teratur akan membantu anda bangun secara sendiri tanpa bantuan jam loceng. Sekiranya anda tidur dalam gelap, anda boleh bangun dengan bantuan cahaya matahari yang masuk ke bilik anda. Ini disebabkan oleh cahaya yang boleh menjadi isyarat untuk jam biologi badan untuk menghasilkan hormon sehingga anda bangun.

Oleh itu, anda perlu cipta pola tidur yang konsisten dengan cara cuba tidur lebih awal dan elakkan aktiviti-aktiviti yang mengganggu seperti bermain telefon atau minum kopi.

Semoga perkongsian kami ini memberi ilmu baru buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *