Fakta Menarik Ayam Goreng Yang Anda Tak Tahu

Fakta Menarik Ayam Goreng Yang Anda Tak Tahu

Posted by

Ayam goreng adalah hidangan makanan yang digemari oleh setiap lapisan masyarakat. Ia diperbuat dari potongan ayam yang digoreng hingga garing dan kebiasannya ayam goreng diselaputi dengan tepung sehingga rasanya menjadi lebih sedap dan garing.

Kesedapan rempah ratus yang meresap hingga ke dalam serat-serat daging berjaya membuat ramai orang dari pelbagai pelusuk dunia tergoda dengan kelazatannya.

Di sebalik kesedapannya, ternyata ayam goreng mempunyai pelbagai cerita unik yang menarik untuk ditelusuri.

1. Dicipta oleh orang Scotland

Fakta Menarik Ayam Goreng Yang Anda Tak Tahu

Menurut sumber, ayam goreng mula popular di Amerika Syarikat sejak tahun 1830-an. Kemudian ia menjadi kian popular pada tahun 1860 hingga 1880-an. Ayam diyakini telah diperkenalkan oleh para imigran dari Scotland dan beberapa orang dari benua Afrika yang turut datang ke Amerika pada tahun tersebut.

Pada ketika itu, ayam dimasak dengan menggunakan pelbagai jenis minyak yang berasal dari lemak seperti lemak babi atau sapi. Kemudian seiring berjalannya waktu, ia mula dicampurkan dengan beberapa bahan lain seperti rempah ratus dan kemudian tepung untuk menambah cita rasa.

2. Bukan semua ayam sesuai digoreng

Terdapat pelbagai jenis ayam di dunia ini, namun tidak semua ayam tersebut sesuai untuk digoreng. Ayam yang lebih tua memiliki tekstur yang keras berbanding ayam muda. Oleh itu, ayam tua tidak sesuai dimasak menggunakan suhu rendah.

3. Hidangan yang dianggap istimewa

Sebelum perang dunia kedua, ayam dianggap sebagai menu untuk majlis atau hari istimewa kerana dagingnya mahal dan agak sukar untuk disediakan. Selepas menyembelih ayam dan mencabut bulu, ayam perlu dipotong dan gorengan perlu dipantau sepanjang masa ketika memasak.

Disebabkan itu, menu ayam sangat sukar didapati di restoran-restoran pada ketika itu.

4. Pressure fryer adalah rahsia kejayaan KFC

Fakta Menarik Ayam Goreng Yang Anda Tak Tahu

Ayam goreng bersalut tepung memerlukan tempoh memasak cukup lama, sekitar lebih dari 30 minit. Colonel Harland Sanders, pengasas Kentucky Fried Chicken (KFC), memutuskan untuk membeli pressure fryer untuk memendekkan tempoh memasak.

Hasilnya, ayam goreng KFC boleh dimasak dengan tempoh yang singkat di samping dapat dan mempercepat pemesanan di restoran. 

5. Satu menu, beribu resipi

Bukan hanya satu, tetapi ada banyak varian ayam goreng yang boleh dijumpai di seluruh dunia. Di Korea, ayam goreng perlu digoreng dua kali, kemudian dicelupkan ke dalam sos manis dan pedas.

Sementara itu, ayam goreng di Jepun dikenali sebagai ‘karaage’, yang bermaksud teknik memasak ala Jepun. Terdapat juga varian ayam goreng di Thailand yang dibuat dengan rempah ratus beraroma kuat, lalu disajikan dengan pulut (sticky rice).

Fakta Menarik Ayam Goreng Yang Anda Tak Tahu

Semoga perkongsian kami ini memberi ilmu baru buat anda.  

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *