Nak Sentiasa Gembira Di Tempat Kerja? Cari 4 Hormon Ini

Nak Sentiasa Gembira Di Tempat Kerja? Cari 4 Hormon Ini

Posted by

Hormon gembira dalam tubuh setiap manusia mempunyai empat dan setiap satu darinya memainkan peranan penting untuk membantu meningkatkan perasaan yang positif termasuk perasaan bahagia dan gembira seseorang individu.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan empat hormon yang memainkan peranan penting untuk membantu menjadikan anda lebih gembira terutamanya apabila anda berada di tempat kerja!

1. Dopamin

Nak Sentiasa Gembira Di Tempat Kerja? Cari 4 Hormon Ini

Dopamin adalah pengutus saraf atau ‘neurotransmitter’ yang menghasilkan perasaan yang menyenangkan, sifat menghargai, fungsi sistem motarik dan banyak lagi. 

Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan hormon dopamin apabila berada di tempat kerja antaranya mendengar lagu kegemaran anda, regangan, tidur siang (power nap) dan makan makanan yang mengandungi protein yang tinggi. Selain itu, anda juga boleh meraikan apa jua pencapaian yang pernah anda buat.

Mereka yang berasa kurang motivasi dan tidak bersemangat di tempat kerja berkemungkinan mengalami kekurangan hormon dopamin dalam badan.

Artikel berkaitan: 6 Kesan Kurang Dopamin 

2. Endorfin

Nak Sentiasa Gembira Di Tempat Kerja? Cari 4 Hormon Ini

Hormon ini membantu tubuh menghadapi kesakitan dan menjadikan anda gembira. Ia merupakan hormon yang paling kuat dalam tubuh badan seseorang sehingga ia boleh bertindak sebagai pain killer di dalam badan.

Ini bermaksud hormon endorfin berupaya untuk menyembuhkan apa-apa emosi atau perasaan negatif dalam badan anda. Kekurangan endorfin dalam badan boleh menyebabkan sakit kepala dan juga sakit-sakit badan.

Cara mudah untuk meningkatkan tahap endorfin apabila anda berada di tempat kerja adalah dengan bergelak ketawa bersama rakan-rakan. Anda juga boleh membuat regangan, membaca atau menonton sesuatu yang lucu untuk mendapatkan dos harian endorfin.

3. Serotonin

Nak Sentiasa Gembira Di Tempat Kerja? Cari 4 Hormon Ini

Hormon serotonin bertanggungjawab untuk memastikan mood anda sentiasa berada dalam keadaan stabil. Ia juga membantu agar anda sentiasa tenang, dapat mengawal nafsu makan, dapat mencerna makanan dengan baik dan mendapat tidur yang cukup. 

Cara mudah untuk dapatkan serotonin apabila di tempat kerja adalah dengan melakukan senaman ringan, keluar berjalan untuk mengambil udara segar, makan makanan yang berkhasiat dan lakukan meditasi. 

Masalah kemurungan yang dialami oleh seseorang boleh disebabkan oleh kurangnya hormon serotonin dalam badan.

4. Oksitoksin
Nak Sentiasa Gembira Di Tempat Kerja? Cari 4 Hormon Ini

Hormon oksitoksin berkait dengan perasaaan cinta, kasih sayang, emosi yang baik dan hubungan sesama manusia. Hormon ini membantu seseorang untuk meningkatkan rasa kepercayaan terhadap diri sendiri mahupun orang lain, empati dan ikatan dalam sesuatu hubungan.

Ibu mengandung dan individu yang sedang bercinta mempunyai hormon oksitoksin yang banyak dalam tubuh mereka.
 
Hormon oksitoksin akan meningkat dengan apa-apa jenis sentuhan intim, termasuk memegang tangan, berpelukan, mencium, mengurut, hubungan intim dan juga membela haiwan! Cara mudah untuk mendapatkan oksitoksin di tempat kerja adalah dengan berjabat tangan atau meletakkan tangan di sekeliling bahu seseorang.
 
Kekurangan hormon oksitoksin dalam badan seseorang membuatkan individu tersebut kurang fungsi sosial.

Semoga perkongsian kami ini memberi panduan untuk anda masa akan datang.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *