Baru-baru ini tular di media sosial video mengenai empat orang wanita yang mentertawakan kesalahan tatabahasa seorang lelaki. Salah seorang daripada wanita itu dilihat sedang membaca kiriman mesej perpisahan yang ditulis seorang lelaki, dipercayai bekas kekasih rakannya.
Persoalannya, adakah kebolehan berbahasa Inggeris merupakan pengukur kebijaksanaan dan intelektual seseorang? Kenapa apabila terdapat seseorang yang tidak dapat berbahasa Inggeris dengan baik, sesetengah rakyat Malaysia sering mengecam dan mengkritik mereka?
Sebenarnya, bahasa Inggeris bukannya menjadi bahasa sedunia secara serta-merta.
Sewaktu era kegemilangan Islam pada zaman dahulu, bahasa Arab muncul sebagai bahasa utama dunia. Apabila Asia Tenggara didominasi pengaruh Hindu-Buddha, Sanskrit diangkat sebagai bahasa golongan elit.
Seiring peredaran zaman, bahasa Inggeris mula diperkenalkan ke serata dunia sewaktu zaman keemasan Empayar British yang merangkumi Malaya, Sabah dan Sarawak. Bahasa Inggeris digunakan dengan meluas dalam perdagangan global serta di dalam penulisan-penulisan keilmuan.
Bahasa Inggeris kemudiannya dianggap sebagai bahasa elit termasuk di negara Malaysia.
Pada tahun 1957, bahasa Melayu atau bahasa Malaysia telah diangkat sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Ini menjadikan, bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua negara serta merupakan alat komunikasi penting di samping bahasa Malaysia.
Dalam pada itu, walaupun penguasaan bahasa Inggeris segelintir rakyat Malaysia diperlekehkan golongan yang merasakan mereka boleh bertutur bahasa Inggeris lebih baik daripada orang-orang Inggeris sendiri, Malaysia sebenarnya berada di kedudukan antara tiga negara terbaik Asia dalam penguasaan bahasa Inggeris.
Agak sedih dan memalukan apabila terdapat sesetengah rakyat Malaysia yang suka menghakimi secara berlebihan, kononnya merekalah yang paling terpaling pandai berbahasa Inggeris.
Bahasa Inggeris hanyalah satu bahasa dan tidak sepatutnya digunakan sebagai pengukur kebijaksanaan seseorang.
Semoga perkongsian kami ini memberi ilmu baru buat anda.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.