Kalau diberi pilihan, yang mana satu anda akan pilih. Bekerja di sektor kerajaan ataupun swasta? Ada yang berpendapat sektor swasta lebih baik, ada juga yang berpendapat sektor kerajaan adalah lebih baik dan mempunyai pelbagai manfaat berbanding swasta.
Kelebihan kerja kerajaan
- Elaun perumahan
- Elaun sara hidup
- Imbuhan tetap khidmat awam (ITKA)
- Kenaikan gaji setiap tahun
- Kenaikan pangkat yang konsisten
- Kemudahan pinjaman perumahan, komputer dan kenderaan
- Cuti tahunan mengikut kelayakan/ cuti bersalin
- Caruman KWSP atau pencen
- Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
- Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
- Kestabilan ekonomi sendiri
- Potensi dibuang kerja amat tipis
Kelemahan kerja kerajaan
- Peperiksaan diperlukan bagi melengkapkan syarat-syarat pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat
- Mutu kerja tidak terlalu dipandang untuk menjamin kenaikan pangkat
- Persaingan yang tinggi untuk mendapatkan jawatan kerajaan tetapi persaingan mutu kerja rendah
- Gaji pokok yang kecil
- Sesetengah jabatan masih belum mengaplikasikan kecanggihan ICT dalam pengurusan kerja
- Penempatan jauh dari tempat tinggal
Kebaikan kerja swasta
- Mutu kerja diutamakan dalam setiap perkara
- Elaun yang lebih tinggi diberi mengikut kelayakan/keuntungan syarikat
- Gaji pokok yang tinggi
- Berorientasikan keuntungan syarikat
- Cuti tahunan, cuti bersalin, cuti perkahwinan
- Rawatan perubatan di klinik dan hospital swasta yang lebih selesa mengikut kelayakan
- Ruang kerja yang kondusif
Kelemahan kerja swasta
- Potensi dibuang kerja tinggi
- Diskriminasi dalam penggunaan tenaga kerja
- Masa depan tidak terjamin
Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com