4 Rahsia Tingkatkan Pengambilan Pekerja Untuk Syarikat Atau Organisasi

4 Rahsia Tingkatkan Pengambilan Pekerja Untuk Syarikat Atau Organisasi

Posted by

Pengambilan pekerja baharu untuk syarikat atau organisasi anda boleh menjadi sesuatu yang sukar dan memakan masa. Ia boleh berlaku secara kerap malah boleh terjadi sepanjang tahun. Disebabkan itu, anda sebagai majikan perlu menyemak semula dan menambah baik kaedah pengambilan pekerja untuk menjadikannya selaras dan efisien.

Sekiranya anda sedang mencari cara untuk meningkatkan pengambilan pekerja di syarikat anda, teknik ini boleh membantu menjimatkan masa dalam proses pengambilan pekerja.

1. Dapatkan maklumat calon

Langkah pengambilan pekerja yang paling bijak adalah dengan mendapatkan maklumat calon secara dalam talian. Anda boleh menyemak calon yang memohon jawatan di syarikat anda secara dalam talian untuk bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Anda boleh menggunakan platform seperti LinkedIn sebagai medium untuk melibatkan pengambilan pekerja di syarikat anda.

2. Tahu tempat untuk iklankan jawatan kosong 

Terdapat berpuluh-puluh platform yang anda boleh siarkan jawatan kosong di syarikat anda. Tetapi adakah anda benar-benar ingin menyiarkannya di semua platform sama seperti syarikat-syarikat lain? Semestinya tidak. Pastikan anda tahu platform yang sesuai untuk iklankan jawatan kosong tersebut dan pastikan ia menonjol dan menarik perhatian calon-calon yang akan memohon nanti. 

3. Beri maklum balas kepada calon 

Salah satu aduan terbesar daripada calon yang memohon kerja adalah tidak mendapat respon daripada majikan tentang permohonan mereka atau selepas ditemu duga. Ia sebenarnya boleh memberi kesan negatif bukan sahaja kepada majikan, tetapi juga syarikat.

Calon mengadu tentang sistem pengambilan pekerja yang lemah di mana-mana media sosial dan ini akan memberi kesan buruk terhadap nama baik syarikat. Oleh itu, pastikan anda sentiasa beri malum balas kepada calon sama ada mereka berjaya ataupun sebaliknya.

4. Jadikan tawaran pekerjaan anda istimewa

Pastikan tawaran kerja kosong anda menunjukkan nilai pasaran yang sepatunya. Berikan tawaran gaji, faedah dan elaun yang bersesuaian dengan skop kerja dan jawatan kerja kosong yang anda iklankan.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips-tips bermanfaat untuk para majikan dan perekrut (recruiter). Layari Jobstore.com untuk kongsi dan siarkan peluang pekerjaan di syarikat anda bersama kami.


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *