'Job Description Template' Untuk Videographer

‘Job Description Template’ Untuk Videographer

Posted by

Videographer atau juruvideo adalah seseorang yang bertanggungjawab untuk menghasilkan kandungan video, merakam video dan menyunting footage

Tugas seorang Videographer termasuklah:

  • Merakam video di set dan di lokasi
  • Bekerjasama dengan creative team dan klien untuk merancang rakaman video
  • Menyediakan dan menggunakan kamera, mikrofon, pencahayaan, prop dan peralatan lain yang berkaitan
  • Mengedit footage selepas rakaman
  • Menambah grafik komputer, closed captioning dan kesan khas pada footage

Apakah peranan seorang Videographer

  • Rancang, rakam dan edit kandungan video berkualiti tinggi untuk saluran media sosial sejajar dengan brand dan target audiens syarikat
  • Bekerjasama dengan Content Creators untuk menentukan hala tuju kreatif setiap video
  • Mengendalikan dan menyelenggara peralatan kamera, pencahayaan dan peralatan bunyi
  • Mengatur dan mengurus footage
  • Edit footage menggunakan perisian pengeditan standard industri, termasuk pembetulan warna, percampuran bunyi dan kesan visual
  • Mencipta dan melaksanakan motion graphics dan animasi yang menarik secara visual.
  • Keupayaan untuk memenuhi deadline

Kemahiran yang diperlukan

  • Ijazah dalam perfileman, video production atau bidang yang berkaitan
  • Sekurang-kurangnya 2-3 tahun pengalaman sebagai juruvideo/editor atau dalam peranan yang serupa
  • Pemahaman yang sangat baik tentang peralatan video production, pencahayaan, bunyi dan perisian penyuntingan (Adobe Premiere Pro, Final Cut Pro, dll.)
  • Mahir dalam motion graphic softwawre (Adobe After Effects, dll.)
  • Kemahiran pengurusan projek yang kukuh dan keupayaan untuk memenuhi deadline
  • Kemahiran komunikasi yang sangat baik dan keupayaan untuk bekerja secara berkesan dengan Content Creators dan team yang lain
  • Pengetahuan tentang trend terkini dalam industri

Soalan-soalan lazim:

Apakah yang diperlukan untuk menjadi seorang Videographer yang baik?

Videographer akan menghabiskan banyak masa di belakang kamera, tetapi mereka juga perlu bekerja secara berpasukan dengan crew yang lain. Videographer terbaik adalah seorang yang mesra dan berkebolehan membantu orang lain. Fleksibiliti adalah satu lagi kualiti penting yang dicari oleh syarikat. Videographer sering bergerak dan boleh mendapati diri mereka mengembara ke set dan lokasi penggambaran yang berbeza. Oleh itu, calon mesti dapat menyesuaikan diri dengan cepat.

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat kepada anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini. Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: Videographer Job Description

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *