Stereotaip Wanita Lebih Hebat 'Multitasking' Daripada Lelaki

Stereotaip Wanita Lebih Hebat ‘Multitasking’ Daripada Lelaki

Posted by

Wujud stereotaip yang mengatakan kaum wanita lebih hebat daripada kaum lelaki dalam multitasking atau kemampuan dalam mengerjakan dua atau lebih pekerjaan dalam masa yang sama.

Dalam pada itu, kaum lelaki pula dikatakan lebih hebat melakukan satu-satu tugasan berbanding wanita. Sebenarnya stereotaip dan kepercayaan ini adalah mitos semata-mata. Menurut Earl K. Miller, seorang profesor neurosains di Massachusetts Institute of Technology, stereotaip ini hanyalah mitos yang wujud kerana tanggapan terhadap wanita yang perlu melakukan beberapa perkara dalam satu masa. 

Kajian tentang multitasking

Menurut kajianmultitasking menyebabkan kos yang tinggi ke atas prestasi (performance costs) seseorang tidak mengira jantina. Ia membuktikan otak wanita tidaklah lebih hebat berbanding otak lelaki apabila melakukan multitasking.

Kajian lain pula mendapati bahawa kos ke atas prestasi bagi lelaki adalah lebih rendah daripada wanita apabila melakukan concurrent multitasking (melakukan dua tugasan dalam satu masa). Manakala bagi sequential multitasking (bertukar-tukar antara beberapa perkara), tiada perbezaan ditemui bagi kedua-dua jantina.

Di samping itu, lelaki didapati lebih berpengalaman dalam multitasking perkara-perkara yang melibatkan permainan video, manakala wanita lebih berpengalaman dalam perkara-perkara yang melibatkan muzik, mesej dalam talian dan melayari laman web. 

Hasil kajian mendapati lelaki mempunyai lebih kelebihan dalam concurrent multitasking, tetapi ia mungkin disebabkan oleh kemampuan kognitif individu dan bukannya jantina semata-mata

Kesan buruk multitasking

Multitasking bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan. Pakar bersetuju bahawa multitasking boleh menyebabkan kerugian produktiviti sekitar 40%. Kajian mendapati bahawa otak manusia sebenarnya tidak cekap dalam multitasking

Multitasking akan membantutkan produktiviti kerana ia memerlukan seseorang untuk bertukar fokus dari satu perkara ke perkara yang lain. Pertukaran ini boleh menyebabkan seseorang senang terganggu dan menyebabkan kebuntuan.

Multitasking sebenarnyamengambil masa yang lebih lama dan boleh menyebabkan lebih banyak kesalahan. Malah, kebuntuan minda dalam masa yang singkat boleh menyebabkan seseorang kehilangan 40% masa produktif.

Stereotaip Wanita Lebih Hebat 'Multitasking' Daripada Lelaki

Kesimpulannya, menurut kajian-kajian yang telah dijalankan, terbukti bahawa wanita tidaklah lebih hebat dalam multitasking berbanding lelaki. Pada masa yang sama, lelaki mungkin lebih beruntung berbanding wanita dalam melakukan concurrent multitask.

Walau bagaimanapun, fokus pada satu-satu perkara adalah lebih efektif berbanding multitasking.

Semoga perkongsian kami ini memberikan panduan buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *