Masalah tidur tidak cukup atau kurang tidur akan mengakibatkan seseorang mengalami permasalahan yang berkaitan dengan prestasi kerja, ketidakstabilan emosi dan masalah kesihatan.
Untuk pengetahuan, tidur adalah satu proses istirehat semula jadi bagi semua jenis kehidupan di bumi dan ia sangat penting untuk kesihatan tubuh badan. Tempoh tidur seorang manusia adalah berbeza-beza bergantung pada usia, jantina dan keadaan kesihatan tubuh badan individu itu sendiri.
Sekiranya manusia tidak mendapat tidur yang cukup, mungkin ada bahaya lain yang akan terjadi antaranya:
1. Jika tidak tidur dalam tempoh 24 jam
Menurut kajian, seorang manusia yang tidak tidur untuk tempoh 24 jam boleh disamakan dengan mereka yang mabuk dengan konsentrasi alkohol dalam darah 0.10%.
Dalam pada itu, wujud juga beberapa kesan sampingan lain jika tidak tidur dalam tempoh 24 jam termasuklah:
- Mengantuk dengan teruk
- Masalah pendengaran dan penglihatan
- Lemah memori
- Cepat marah
- Sukar menilai perbuatan
- Sukar membuat keputusan
- Tekanan pada otot bertambah
- Koordinasi tangan dan mata berkurang
- Risiko berlaku kemalangan adalah tinggi
2. Jika tidak tidur dalam tempoh 36 jam
- Hormon tidak stabil
- Kepenatan
- Hilangan motivasi
- Sukar untuk fokus
- Sukar untuk berfikir
- Sukar untuk bercakap
- Keralatan pada sistem dan fungsi tubuh badan
3. Jika tidak tidur dalam tempoh 48 jam
Sekiranya seseorang individu itu tidak tidur dalam tempoh 48 jam, kebanyakan manusia tidak mampu untuk berjaga dan mungkin mengalami tidur mikro (microsleep) yang berlaku dengan sekejap.
Sel-sel natural killer (NK) yang sangat penting untuk sistem imun akan menjadi lemah sekali gus mendatangkan bahaya pada tubuh badan anda.
4. Jika tidak tidur dalam tempoh 72 jam
Kebanyakan manusia yang tidak tidur dalam tempoh 72 jam akan mengalami situasi di mana keinginan untuk tidur menjadi amat tinggi dengan rasa teramat mengantuk.
Anda juga mungkin akan mengalami halusinasi di mana wujudnya ilusi yang tidak benar seperti penampakan hal-hal yang bersifat ghaib.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com