Buli adalah tingkah laku agresif yang bertujuan untuk mendatangkan kemudaratan fizikal atau psikologi. Perlakuan ini dilakukan secara berulang sehingga pembuli merasa seronok dan puas.
Lazimnya, pembuli adalah mereka yang mempunyai sifat sebagai orang lebih kuat, berkuasa dan lebih berkemampuan untuk melakukan tingkah laku buli.
Apabila membicarakan tentang isu buli, ia tidak terbatas kepada tindakan fizikal sahaja. Ini kerana, setiap pembuli mempunyai gaya dan taktik yang berbeza untuk menakutkan mangsa mereka. Berikut kami kongsikan 5 jenis buli yang anda wajib ambil tahu.
Artikel berkaitan: UKM Journal Article
1. Buli secara fizikal
Buli secara fizikal adalah sangat jelas kerana ia melibatkan aksi agresif dan cenderung menjadikan individu yang lemah atau bersaiz kecil sebagai mangsa.
Buli jenis ini biasanya dilakukan dengan cara melibatkan serangan fizikal seperti menendang, memukul, menumbuk, menampar dan menghancurkan sesuatu.
2. Buli lisan
Buli lisan adalah sebarang bentuk tindakan seperti mengusik atau menghina, menyebarkan khabar angin atau fitnah, mengancam, dan mengejek orang lain. Ini adalah jenis buli yang paling biasa berlaku dan tidak kira tempat seperti di sekolah, kawasan awam, di rumah, di tempat kerja dan lain-lain.
3. Buli siber
Buli siber adalah perbuatan berulang dengan tujuan untuk menakutkan, mendatangkan kemarahan dan memalukan seseorang menggunakan kemudahan komunikasi teknologi seperti teks, chatting, media sosial, dan permainan internet.
Gejala buli siber ini mempunyai kesan segera dan meluas memandangkan serangan pembuli boleh berlaku selama 24 jam sehari dengan kapasiti yang luas. Hal ini berbeza dengan buli secara tradisional yang dilakukan secara bersemuka. Buli siber juga menyebabkan kebimbangan orang ramai kerana ia berterusan, kekal dan sukar untuk dikenal pasti. Antara kesannya termasuklah depresi, kemurungan, perbuatan mencederakan diri sendiri sehingga akhirnya jika tidak dibendung akan mengakibatkan kes bunuh diri.
4. Buli seksual
Buli seksual terdiri daripada tindakan berulang, berbahaya serta memalukan yang mensasarkan seseorang secara seksual. Misalnya menggunakan nama panggilan yang berbentuk seksual, komen kasar, gerak isyarat kasar, sentuhan tidak diingini, bahan rujukan seksual, dan bahan lucah. Sebagai contoh, seorang pembuli boleh membuat komen kasar tentang penampilan, daya tarikan, perkembangan seksual atau aktiviti seksual seseorang. Dalam kes-kes yang teruk, buli seksual menjerumus kepada serangan seksual.
Golongan wanita sering dijadikan sasaran dalam buli seksual ini. Namun ia tidak sekiranya golongan lelaki turut menjadi mangsa.
5. Buli sosial
Jenis buli ini agak licik dan tidak disedari ramai. Ia lebih ke arah pencerobohan hubungan atau manipulasi sosial menyebabkan mangsa disisihkan dari komuniti.
Kadangkala si pembuli melakukannya agar dapat meningkatkan kedudukan dirinya sendiri dengan mengawal atau membuli orang lain.
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan kesedaran tentang masalah buli dalam masyarakat kita pada hari ini.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.