4 Kepentingan Slip Gaji Kepada Pekerja Anda

4 Kepentingan Slip Gaji Kepada Pekerja Anda

Posted by

Slip gaji atau pay slip adalah kertas atau dokumen yang mengandungi butiran penting mengenai gaji yang diterima seseorang pekerja. Kebiasaannya, slip gaji akan diberikan kepada pekerja pada penghujung atau awal bulan sebaik sahaja pekerja menerima gaji.

MenurutĀ Akta Pekerja Malaysia 1957, setiap majikan diwajibkan untuk mengeluarkan slip gaji kepada setiap pekerja yang diupah. Slip gaji tersebut perlu menyatakan butiran pendapatan serta elaun yang berkaitan dalam tempoh tersebut.

Artikel berkaitan: Cara Untuk Menghasilkan Slip Gaji Yang Betul

Bagi majikan, ia adalah satu rekod yang membuktikan syarikat tersebut telah menunaikan kewajipannya kepada pekerja. Bank, syarikat kad kredit dan jabatan cukai pendapatan sering meminta slip gaji bagi urusan tertentu. Ia adalah dokumen penting jika seseorang ingin membuat permohonan pinjaman peribadi dan sebagainya.

Kepentingan Slip Gaji Kepada Pekerja Anda

1.Ā Slip gaji berfungsi sebagai bukti undang-undang pekerjaan

Slip gaji adalah bukti undang-undang pekerjaan, jawatan dan jumlah gaji bulanan pekerja anda.

Slip gaji juga membantu semasa memohon permit kerja kerana ia berfungsi sebagai bukti pendapatan mereka.

2. Slip gajiĀ berguna dalam permohonan pinjaman dan kad kredit

Slip gaji menunjukkan gaji bersih pekerja anda setiap bulan dan keupayaan mereka untuk memenuhi kewajipan pembayaran balik. Had pinjaman awal dan kad kredit bergantung pada angka slip gaji.

3. Slip gaji membantu pekerja anda untuk mencari pekerjaan dan rundingan

Slip gaji akan membantu pekerja anda berunding untuk mendapatkan jawatan, pampasan yang lebih tinggi dengan syarikat baharu berdasarkan jawatan dan gaji semasa mereka.

4.Ā Slip gaji membantu dalam memfailkan penyata cukai pendapatan

Slip gaji mengandungi komponen terperinci gaji pekerja anda. Sekiranya syarikat anda menyediakan statistik agregat setiap bulan, mereka perlu merujuk kepada slip gaji terakhir tahun tersebut (berakhir pada 31 Mac) untuk mengira liabiliti cukai.

Semoga perkongsian kami kali ini memberi manfaat dan panduan buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platformĀ media sosialĀ untuk pelbagai tips-tips bermanfaat untuk para majikan dan perekrutĀ (recruiter). LayariĀ Jobstore.comĀ atau muat turunĀ aplikasi mudah alihĀ kami secara percumaĀ untuk kongsi dan siarkan peluang pekerjaan di syarikat anda.


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me atĀ hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *