Gelinya! Ini 9 Fakta Menarik Tentang Lipas

Posted by
Lipas adalah antara serangga perosak yang boleh dijumpai di seluruh dunia kecuali antartika. Serangga ini sering ditemui di kawasan gelap dan lembap seperti celah-celah almari, laci dan di bawah sinki. Ia juga dikenali sebagai sejenis serangga yang suka tinggal di tempat yang kotor dan berbau.
 
Lipas juga boleh ditemui tinggal di dalam gua, dalam tanah, celahan kayu dan pinggir paya. Walaupun berbadan kecil, namun serangga ini tetap digeruni lebih-lebih lagi jika ia merayap, menyelinap, terbang atau tiba-tiba hilang. Kalau anda perasan, lipas akan mula keluar pada waktu malam kerana ia adalah spesies nocturnal iaitu lebih banyak aktif pada waktu malam.
 
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 9 fakta menarik tentang lipas yang pastinya menggelikan anda.
 
1. Mampu hidup walaupun tanpa kepala!
Gelinya! Ini 9 Fakta Menarik Tentang Lipas
 
Lipas mampu hidup tanpa kepala selama dua hingga tiga minggu. Ini kerana, mereka bernafas melalui lubang-lubang kecil di badan, tetapi mereka akan mati selepas tempoh itu kerana kehausan dan kelaparan. 
 
2. Boleh tukar kelajuan ketika berlari

Lipas berupaya untuk menukar kelajuannya ketika berlari dengan menukar kedudukan kaki mereka kepada gaya tripodal. Gaya ini meningkatkan lagi fleksibiliti dan mengurangkan rintangan dan membolehkan ia berlari lebih pantas. 

3. Boleh leperkan badan
 
Lipas boleh meleperkan tubuhnya sehingga 3 milimeter. Sebab itu lipas boleh menyorok dan meloloskan diri melalui tempat yang sempit.
 
4. Suka masuk telinga manusia
 
Lipas suka masuk ke dalam telinga manusia kerana tahi telinga menghasilkan asid lemak berwap yang menarik perhatian mereka. Lubang telinga yang kecil, sempit dan lembap juga dirasakan sesuai untuk mereka jadikan tempat tinggal.
 
 
Lipas merupakan serangga omnivor yang makan tumbuh-tumbuhan, sisa makanan dan kulit manusia. Walaupun gigitan lipas tidak mendatangkan kemudaratan seperti sengatan lipan, kala jengking dan labah-labah, namun situasi itu tetap tak diingini.
 
6. Hidup secara berkumpulan
 
Lipas hidup secara berkumpulan, tetapi ia tidak berstruktur seperti semut dan lebah. Apabila lipas makan, ia membuang najis. Najis lipas mempunyai bahan kimia yang akan menarik lipas-lipas lain untuk datang berkerumun.
 
7. Sesetengah lipas boleh melompat
 
Terdapat spesies lipas di Afrika Selatan yang boleh melompat seperti belalang. Ia lincah melompat dan tidak suka duduk diam.
 
8. Lipas makanan eksotik

Di negara China, lipas diternak di ladang secara besar-besaran untuk dibekalkan kepada pengusaha-pengusaha makanan, ubat tradisional dan syarikat kosmetik. Di sana, lipas dimakan sebagai snek.

9. Mempunyai pelbagai spesies 

Lipas yang rakyat Malaysia kenal adalah berwarna hitam, perang dan mempunyai sayap. Berikut kami kongsikan tiga spesies lipas (roaches) lain untuk memberikan gambaran kepelbagaian spesies.

  • Periplaneta Americana
  • Lipas Madagascar
  • Catara rugosicollis

*Fakta tambahan

  • Lipas dipercayai telah wujud sekitar 280 tahun dahulu
  • Megaloblatta merupakan lipas terbesar di dunia. Saiznya boleh mencapai 3.5 inci panjang, dengan sayap sebesar 8 inci.
Semoga perkongsian kami ini memberi ilmu baru buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: Pest World 


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *