4 Sebab Penting Kenapa Anda Perlu Mohon Kenaikan Gaji

4 Sebab Penting Kenapa Anda Perlu Mohon Kenaikan Gaji

Posted by

Sesetengah syarikat akan menaikkan gaji secara berjadual dan sistematik mengikut tahap prestasi pekerja. Walau bagaimanapun, mungkin ada masa yang anda merasakan anda layak untuk dapat lebih daripada gaji semasa anda atau jumlah kenaikan gaji yang telah ditetapkan.

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan 4 sebab penting kenapa anda perlu mohon kenaikan gaji.

1. Kos sara hidup semakin mahal

Masalah beban kos sara hidup, inflasi dan ringgit yang semakin lemah adalah antara yang menjadi kebimbangan rakyat Malaysia terutamanya bagi yang berpendapatan rendah. Hal ini pastinya lebih mencabar dan sukar bagi mereka yang sudah berkeluarga.

Ada yang perlu bergelut untuk membayar pinjaman selain perlu mengeluarkan lebih banyak wang untuk membeli barang dan keperluan harian. Sampai bilakah anda akan terus bertahan dalam situasi kegawatan ekonomi ini jika gaji anda masih di tahap yang sama?

2. Tanggungjawab kerja semakin berat

4 Sebab Penting Kenapa Anda Perlu Mohon Kenaikan Gaji

Anda boleh mohon kenaikan gaji apabila anda rasa tanggungjawab yang diberikan oleh majikan dan rakan sekerja mula terasa berat dan semakin banyak. Ini untuk memastikan kerja-kerja yang anda buat itu berbaloi dengan idea dan usaha keras yang anda berikan.

Selain itu, ia juga adalah untuk mengelakkan anda daripada mengalami keletihan (burnout) dengan kerja-kerja tersebut. Menurut kajian, hampir 58% pekerja di Malaysia melaporkan bahawa mereka mengalami keletihan (burnout) dan 51% mengatakan mereka mempunyai work-life balance yang sederhana atau bahkan lemah.

Jadi, untuk mengelakkan perkara ini terjadi, jangan takut untuk memohon kenaikan gaji!

3. Kenaikan pangkat

Kebanyakan syarikat swasta khususnya, akan memberikan pekerja kenaikan pangkat tetapi tidak menaikkan gaji sama sekali. Sedangkan sepatutnya apabila seseorang itu naik pangkat, maka secara automatik skop kerja mereka juga akan lebih meluas dan berat.

Gaji yang sama dan tidak berubah, semestinya tidak akan memberi keuntungan kepada anda dan akan membebankan anda di kemudian hari. 

4. Memudahkan kelulusan kredit dan pinjaman 

Sekiranya anda sedang memohon pinjaman peribadi, beli rumah, membuat permohonan kad kredit dan sebagainya, anda dinasihatkan untuk memohon kenaikan gaji.

Nilai gaji sebenarnya sedikit sebanyak akan mempengaruhi jaminan kelulusan pinjaman selain tahap kesihatan kredit yang anda miliki.

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan bagi anda yang ingin memohon kenaikan gaji daripada majikan.  

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *