Apa Yang Majikan Perlu Tahu Tentang Diskriminasi Agama Di Tempat Kerja

Apa Yang Majikan Perlu Tahu Tentang Diskriminasi Agama Di Tempat Kerja

Posted by
Diskriminasi agama di tempat kerja masih berleluasa terutamanya bagi pekerja yang beragama Islam walaupun Malaysia merupakan sebuah negara majoriti Muslim. Menurut kajian, tahap diskriminasi agama di Malaysia berada di paras yang agak membimbangkan. Antara contoh diskriminasi agama yang pernah dilaporkan adalah larangan memakai tudung di tempat kerja oleh majikan. 
 
Selain itu, sesetengah syarikat turut mengamalkan polisi larangan bertudung sewaktu bekerja terhadap pekerja-pekerja mereka. Terdapat juga pekerja beragama Islam yang ditegur oleh majikan kerana mengerjakan solat, malah sering diganggu dan dipandang sinis apabila hendak mendirikan solat.
 
Situasi ini adalah sangat bertentangan dengan Perkara 8 (2) Perlembagaan Persekutuan iaitu diskriminasi terhadap mana-mana warganegara hanya atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir dalam mana-mana undang-undang adalah dilarang sama sekali!
 
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan tiga perkara penting yang majikan perlu peka dan ambil tahu agar tidak berlaku sebarang diskriminasi agama dalam syarikat atau organisasi anda.
 
1. Tidak menghormati waktu sembahyang
Apa Yang Majikan Perlu Tahu Tentang Diskriminasi Agama Di Tempat Kerja
 
Terdapat kes di mana sesetengah pekerja tidak diberi peluang untuk menunaikan sembahyang sewaktu bekerja. Hal ini boleh melahirkan perasaan tertindas dalam kalangan pekerja lalu mencetuskan perasaan tidak puas hati.
 
2. Memperlekehkan agama
 
Kadangkala anda sebagai majikan mengeluarkan kata-kata yang kurang sensitif seperti memburukkan agama dan sebagainya. Sikap menghormati antara satu sama lain perlu diterapkan di tempat kerja agar tidak berlakunya sebarang perselisihan faham.
 
3. Tidak bertolak ansur
 
Anda sebagai majikan perlu cuba untuk memahami perihal serta keperluan para pekerja. Pastikan setiap masa pekerja diberi masa yang secukupnya untuk makan tengah hari serta lakukan aktiviti-aktiviti lain sebelum kembali bertugas semula. 
 
Justeru, anda sebagai majikan tidak boleh melakukan amalan diskriminasi atau amalan pilih kasih terhadap pekerja anda sendiri. Amalan diskriminasi bukan sahaja akan merosakkan suasana dan keharmonian ditempat kerja malah turut akan menjejaskan reputasi syarikat anda.
 
Artikel berkaitan: Sains Humanika, USIM
 
Semoga perkongsian kami ini memberi panduan buat anda.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips-tips bermanfaat untuk para majikan dan perekrut (recruiter).

Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk kongsi dan siarkan peluang pekerjaan di syarikat anda.


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *