1. GrabCar
Kredit gambar: Grab
Grab car merupakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti teksi yang ditempah menggunakan aplikasi mudah alih (mobile app) yang terdapat dalam platform iOS dan Android. Anda boleh jana pendapatan sekitar RM 500-RM 1500 seminggu sebagai pemandu GrabCar!
Lebih 300,000 rakyat Malaysia telah mendaftar secara part-time dan full-time sejak 2015.
2. Grab food
Grab food merupakan perkhidmatan penghantaran makanan yang ditempah dari pelbagai restoran tempatan mengikut pilihan pengguna. Bayaran adalah berdasarkan lokasi pengguna dan restoran.
Anda boleh jana pendapatan lebih daripada RM 800 seminggu hanya menjadi seorang penghantar makanan di Grab.
3. Foodpanda
Kredit gambar: Foodpanda
Foodpanda adalah perkhidmatan penghantaran makanan dan runcit yang terkemuka di Malaysia. Pelanggan boleh memesan makanan dalam sistem menggunakan laman web atau aplikasi mudah alih (mobile app) yang terdapat dalam platform iOS dan Android.
Anda boleh jana pendapatan dari RM 6 ke RM 7 sejam bergantung pada tahap kerajinan anda!
4. Shopee food
Kredit gambar: Shopee food
Shopee food adalah perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian yang dimiliki oleh Shopee. Pengguna dapat memesan makanan menggunakan aplikasi Shopee. Anda boleh jana pendapatan bermula dari RM 2000 setiap bulan dan berkemungkinan bertambah mengikut komisen yang diperolehi sekiranya anda mengambil pesanan yang banyak!
5. Lalamove
Kredit gambar: Lalamove
Lalamove merupakan servis penghantaran makanan dan barangan yang ditempah. Berbeza dari servis seperti NinjaVan dan JNT, anda hanya perlu berdaftar dengan syarikat Lalamove dan muat turun aplikasi di telefon bimbit untuk menerima informasi mengenai penghantaran yang perlu dilakukan.
Anda boleh jana pendapatan sehingga RM 2520 seminggu dengan Lalamove!
6. InDriver
InDriver memberi kelebihan kepada penumpang untuk berbincang dengan pemandu mengenai tambang sebelum memulakan perjalanan.
7. Thelorry
Kredit gambar: TheLorry
TheLorry memudahkan orang ramai untuk melakukan urusan memindah serta mengangkut barangan dalam jumlah yang banyak. Pengguna boleh memilih antara lori, van atau kenderaan 4×4 yang bersesuaian dengan jumlah barang yang hendak dibawa.
Jika berminat, anda boleh berdaftar sebagai seorang affiliate dan raih keuntungan untuk setiap tempahan yang dilakukan menerusi pautan link yang anda terima. Anda juga boleh meminta untuk menjadi pemandu di TheLorry.
8. Troopers
Kredit gambar: Troopers
Troopers adalah platform mencari kerja sambilan (freelance) yang menghubungkan antara pekerja sambilan dan majikan. Anda boleh mencari dan memohon kerja sambilan dengan mudah mengikut jadual yang fleksibel. Anda tidak perlu risau kerana anda akan dibayar tepat pada masanya.
9. Swifty Pro
Kredit gambar: Swifty Pro
Swifty Pro membolehkan freelancers untuk mendaftarkan servis mereka di aplikasi tersebut. Antara servis atau bidang yang boleh didaftarkan adalah bidang merias wajah, memperbaiki perkakas elektrik di rumah, proofreading, tutor, home cleaning, graphic design, runner, personal shopper, photographer dan banyak lagi.
Setakat ini, aplikasi Swifty hanya tersedia di kawasan Selangor saja. Kemungkinan, perkhidmatan ini akan ditawarkan kepada seluruh negeri pada masa akan datang.
10. Kiddocare
Kredit gambar: Kiddocare
Kiddocare adalah sebuah platform perkhidmatan penjagaan kanak-kanak dari rumah ke rumah yang berkualiti dan dijamin selamat yang mana ia menghubungkan ibu bapa dengan pengasuh terlatih secara dalam talian.
Selain ibu bapa, aplikasi ini juga terbuka kepada wanita warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas sama ada sudah berkahwin atau belum yang berminat untuk menjadi seorang pengasuh terlatih.
11. Bateriku.com
Kredit gambar: Bateriku.com
Bateriku.com merupakan sebuah syarikat yang menjadi ‘penyelamat’ kepada musibah kehabisan bateri kenderaan dengan penyediaan servis pemeriksaan, penghantaran dan pemasangan bateri secara percuma di lokasi pelanggan.
Juruteknik bergerak Bateriku.com adalah terdiri daripada kalangan orang awam yang telah dilatih untuk memeriksa dan membuat penukaran bateri kenderaan.
12. Canva
Kredit gambar: Canva
Canva adalah satu platform yang membolehkan orang ramai untuk masuk ke dalam dunia graphic design dan video editing. Anda boleh cipta design dan karya anda sendiri untuk dijual.
Untuk muat naik artwork anda di Canva, terdapat beberapa syarat yang perlu anda ikuti. Anda boleh hantar dalam bentuk JPEG, PNG, SVG dan banyak lagi.
Anda juga boleh menawarkan servis kepada yang memerlukan. Antara servis yang anda boleh tawarkan dengan menggunakan Canva adalah Social Media Design, Youtube Thumbnail, Design Banner Bunting, Design Resume, Design Kad Kahwin, Design Logo, Design Ads Creatives, Website dan Presentation
Artikel berkaitan: Macam Mana Nak Buat Duit Guna Canva?
12. iStock
Kredit gambar: iStock
Bagi mereka yang pakar dalam fotografi dan ilustrasi, ini adalah peluang anda untuk menjual hasil kerja anda ke laman Internet. iStock adalah sebuah platform di mana anda perlu berdaftar untuk memuat naik hasil rekaan dan pembayaran akan dibuat jika imej atau ilustrasi tersebut dimuat turun oleh pengguna iStock yang lain.
13. Snapask
Kredit gambar: Snapask
Sekiranya anda mempunyai minat atau pengalaman mengajar, anda boleh mendaftar sebagai tutor di Snapask. Muat naik dokumen anda dan mengajar sewaktu tempoh percubaan selama seminggu terlebih dahulu. Selepas lulus tempoh percubaan, anda boleh laksanakan sesi pembelajaran seperti biasa.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com