'Job Description Template' Pembantu Peribadi

‘Job Description Template’ Pembantu Peribadi

Posted by
Pembantu Peribadi atau personal assistant adalah individu profesional yang menyediakan bantuan secara one-to-one untuk individu di tempat kerja.
 
Job description template untuk Pembantu Peribadi ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja

Kami sedang mencari Pembantu Peribadi yang bertanggungjawab untuk menyediakan sokongan kesetiausahaan dan pentadbiran yang diuruskan dengan teratur dan tepat pada masanya. Anda akan bekerja secara one-to-one untuk pelbagai tugas yang berkaitan dengan kehidupan kerja dan komunikasi pengurus.

Tugas seorang Pembantu Peribadi termasuklah

  • Bertanggungjawab untuk keseluruhan aspek fungsi kesetiausahaan dan pentadbiran pengarah.
  • Berurusan dengan surat-menyurat dan e-mel
  • Menjalankan tugas penyimpanan dan perakaunan
  • Menyusun dan menjadualkan perjumpaan, janji temu dan persidangan
  • Menyiapkan dan mengambil minit mesyuarat
  • Menempah dan mengatur perjalanan, pengangkutan dan penginapan
  • Keupayaan untuk menangani maklumat sensitif dengan budi bicara dan menjaga kerahsiaan

Kemahiran dan syarat kelayakan yang diperlukan

  • Memiliki sekurang-kurangnya Diploma Kesetiausahaan atau Diploma / Ijazah dalam Pengajian Perniagaan / Pentadbiran / Perakaunan atau setaraf
  • Memiliki pengetahuan asas penyimpanan dan perakaunan
  • Memiliki pengalaman 1 – 2 tahun dalam tugas kesetiausahaan atau pentadbiran pejabat
  • Mempunyai kemahiran merancang, analitikal dan organisasi yang baik serta kemampuan untuk melakukan pelbagai tugas
  • Kebijaksanaan, kebolehpercayaan dan mempunyai tahap kerahsiaan yang tinggi
  • Bermotivasi, berdikari dan mempunyai inisiatif
  • Mempunyai Kemahiran komunikasi lisan dan bertulis yang baik dalam Bahasa Inggeris & Bahasa Malaysia
  • Seorang yang terperinci, teliti, celik komputer dan cekap dalam penggunaan MS Office Word, Excel dan PowerPoint

Berapakah kadar gaji seorang Pembantu Peribadi?

Purata gaji bulanan untuk Pembantu Peribadi di Malaysia adalah antara RM 3,000 hingga RM 4,500.

Siarkan iklan huraian kerja Pembantu Peribadi ini melalui Jobstore.com sekarang!
 
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.
 
Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! 

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *