'Job Description Template' Penyambut Tetamu

‘Job Description Template’ Penyambut Tetamu

Posted by
Penyambut tetamu atau receptionist adalah individu yang menguruskan meja penyambut tetamu sesebuah syarikat atau organisasi. Lazimnya, mereka merupakan penghubung antara pelanggan. Penyambut tetamu juga melakukan pelbagai tugas pentadbiran yang lain.
 
Job description template untuk Penyambut Tetamu ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja

Kami sedang mencari Penyambut Tetamu untuk menguruskan meja hadapan/utama kami pada setiap hari dan untuk melaksanakan pelbagai tugas kerani dan pentadbiran.

Tugas seorang Penyambut Tetamu termasuklah

  • Memberi salam dan mengalu-alukan tetamu sebaik tiba di pejabat
  • Memberi panduan/petunjuk kepada pelawat untuk ke tempat yang ingin dituju
  • Menjawab panggilan telefon
  • Memastikan meja penyambut tetamu kemas dengan semua alat tulis dan bahan yang diperlukan (cth. pen, borang dan brosur)
  • Menyediakan maklumat asas dengan tepat secara peribadi atau melalui telefon/e-mel
  • Menerima, menyusun dan mengedarkan mel/penghantaran harian
  • Menjaga keselamatan pejabat dengan mengikuti prosedur keselamatan dan mengawal akses melalui meja penyambut tetamu (buku log keluar masuk, mengeluarkan lencana pelawat)
  • Menyimpan inventori stok
  • Mengemas kini kalendar dan menjadualkan mesyuarat
  • Menyusun perjalanan, penginapan dan menyediakan baucar
  • Menyimpan rekod terkini perbelanjaan dan kos pejabat
  • Melaksanakan tugas lain seperti memfailkan, fotokopi, transkripsi dan faks

Kemahiran dan syarat kelayakan yang diperlukan

  • Mempunyai pengalaman kerja sebagai Penyambut Tetamu atau peranan yang serupa
  • Mempunyai kemahiran dalam Microsoft Office Suite
  • Mempunyai pengalaman praktikal dengan peralatan pejabat (cth. mesin faks dan pencetak)
  • Memiliki sikap dan penampilan yang profesional
  • Mempunyai kemahiran komunikasi bertulis dan lisan yang mantap
  • Memiliki keupayaan untuk menjadi bijak dan proaktif apabila timbul masalah
  • Memiliki kemahiran organisasi yang cemerlang
  • Mempunyai kemahiran multitasking, pengurusan masa yang cemerlang serta keupayaan untuk mengutamakan tugas
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda; pensijilan tambahan dalam Pengurusan Pejabat adalah satu kelebihan

Berapakah kadar gaji seorang Penyambut Tetamu?

Purata gaji bulanan untuk Penyambut Tetamu di Malaysia adalah antara RM 1,800 hingga RM 2,700.
 
Siarkan iklan huraian kerja Penyambut Tetamu ini melalui Jobstore.com sekarang!
 
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.
 
Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! 

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *