5 Tips Mudah Untuk Berjaya Dalam Tempoh Percubaan Bekerja

5 Tips Mudah Untuk Berjaya Dalam Tempoh Percubaan Bekerja

Posted by
Tempoh percubaan atau probation period adalah amalan biasa yang dipraktiskan kebanyakan syarikat di Malaysia dan Barat untuk menilai kelayakan pekerja sebelum disahkan sebagai seorang pekerja tetap. 
 
Kebiasaannya, prestasi anda akan dinilai dalam tempoh 90 atau 180 hari dan ia akan menentukan sama ada anda akan diambil sebagai pekerja tetap atau sebaliknya. Tempoh percubaan ini juga sebenarnya memberi peluang pekerja baharu untuk menyesuaikan diri dengan majikan dan rakan sekerja barunya. 
 
Jadi, bagaimana caranya untuk anda berjaya dalam tempoh percubaan ini? Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan lima tips mudah untuk berjaya dalam tempoh percubaan bekerja.
 
1. Libatkan diri secara aktif dan meluas

Sebagai pekerja baharu, anda perlu mencari sebanyak mana peluang untuk berkenalan dengan rakan sekerja dari jabatan lain dan melibatkan diri dalam pelbagai sesi perbincangan yang berkaitan.

Anda perlu menggunakan peluang-peluang ini untuk menonjolkan diri sebagai seorang yang mempunyai semangat berpasukan dan boleh dipercayai untuk menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.

2. Bersikap profesional

Walaupun perlu bekerja di bawah tekanan, anda perlu sentiasa bersikap profesional. Anda juga perlu sentiasa menjaga tingkah laku, datang awal ke tempat kerja dan jangan ponteng kerja tanpa alasan yang munasabah.

Sekiranya anda jatuh sakit dan tidak dapat hadir kerja, maklumkan kepada penyelia atau majikan anda. Ini akan menunjukkan bahawa anda seorang yang bertanggungjawab dan mengambil serius berkenaan masa dan kehadiran.

Dari segi pakaian, pastikan anda pakai pakaian yang sesuai serta mematuhi peraturan pakaian pejabat. Biarkan tempoh percubaan ini memberi good impression kepada majikan anda

3. Tunjukkan wajah yang ceria dan menyenangkan

5 Tips Mudah Untuk Berjaya Dalam Tempoh Percubaan Bekerja

Untuk berjaya dalam tempoh percubaan ini, cara yang paling mudah adalah sentiasa berwajah ceria dan menyenangkan tanpa mengira cabaran dan tugasan yang perlu anda lakukan.

4. Berbincang dengan penyelia

Sepanjang tempoh percubaan, anda perlu mengadakan perbincangan secara kerap dengan penyelia tentang prestasi anda. Tanya kepadanya sama ada anda memenuhi objektif yang ditetapkan dan aspek-aspek yang perlu ditambah baik.

Ini adalah penting kerana jika anda kerap berbincang tentang prestasi anda, sebarang masalah dan kelemahan dapat ditambah baik dengan serta-merta

5. Jangan buat mana-mana yang berikut (semasa ataupun selepas tempoh percubaan)

Jangan gunakan masa kerja untuk melayari media sosial (kecuali skop kerja anda melibatkan media sosial) mengambil atau membuat panggilan telefon untuk urusan peribadi, bercakap yang tidak baik tentang kerja/rakan sekerja/bos di media sosial.

Jangan bergosip tentang rakan sekerja, mencuri, bercakap bohong, terlibat dalam gangguan seksual dan sebagainya. 

Kesimpulannya, tempoh percubaan adalah peluang untuk buktikan bahawa anda sememangnya layak bekerja di syarikat atau organisasi tersebut. Jangan sia-siakan tempoh percubaan ini kerana kita semua tahu betapa sukarnya untuk mencari pekerjaan pada masa kini.
 
Artikel berkaitan: Acing The Probation Period
 
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat kepada anda semua. 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *