Amalan membaca semakin dilupakan sejak penggunaan gajet dan media sosial semakin berleluasa. Ia juga turut menjadikan generasi sekarang semakin jauh daripada buku-buku berbentuk fizikal.
Walau bagaimanapun, tidak dinafikan ada yang masih gemar membaca buku-buku berbentuk fizikal. Namun, mereka mungkin tidak mempunyai waktu yang terluang untuk membacanya atau mungkin timbul perasaan malas membaca dalam diri mereka.
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 5 rahsia untuk jadikan anda lebih rajin membaca buku.
1. Pilih genre buku yang diminati
Pilih genre buku yang anda minat serta boleh memberi kepuasan dan rasa gembira pada diri. Ini kerana, hasil pembacaan yang bagus boleh meningkatkan hormon serotonin yang berkuasa untuk mengurangkan stres.
Bukan itu sahaja, ia juga adalah tips mudah untuk menghabiskan buku bacaan anda dengan lebih cepat.
2. Jadikan amalan membaca buku sebagai rutin harian
Bahagikan masa untuk membaca sekurang-kurangnya tiga hingga lima muka surat sehari. Anda juga boleh jadikan amalan membaca buku sebelum tidur sebagai rutin harian kerana ia bukan sahaja dapat membantu mengembangkan daya imaginasi anda, malah dapat merangsang otak sebelum tidur.
3. Kurangkan penggunaan gajet/screen time
Kebergantungan dan ketagihan seseorang terhadap gajet dan media sosial perlu dikawal agar kehidupan mereka tidak hanya berorientasikan kepada peralatan dan media sosial semata-mata.
Penggunaan gajet dan media sosial yang berlebihan juga sebenarnya boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan mental sekiranya tidak digunakan dengan betul.
Oleh itu, jalan penyelesaiannya adalah dengan menjadikan buku-buku fizikal sebagai alternatif yang paling efisien dalam membasmi gejala ketagihan gajet dan media sosial dalam kalangan generasi masa kini.
4. Letakkan target
Anda boleh letakkan target bacaan buku yang anda ingin capai pada setiap bulan, minggu atau hari. Elakkan menukar-nukar tajuk buku tanpa menghabiskan satu buku.
5. Sentiasa bawa buku bersama anda
Bawa buku-buku fizikal bersama anda pada setiap masa. Anda boleh membaca semasa berada di dalam pengangkutan awam ataupun di mana-mana sahaja yang bersesuaian.
Anda tidak perlu rasa malu untuk membaca di tempat umum kerana budaya membaca sememangnya masih wujud di Malaysia.
Semoga perkongsian kami ini memberi panduan dan ilmu baru buat anda.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.