'Job Description Template' Jurulatih Kecergasan

‘Job Description Template’ Jurulatih Kecergasan

Posted by

Jurulatih Kecergasan, Pelatih Kecergasan, Jurulatih Peribadi atau Fitness Trainer adalah individu yang menyediakan panduan kecergasan untuk memastikan tahap kecergasan klien berada dalam keadaan yang terbaik.

Job description template untuk Jurulatih Kecergasan ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja

Kami sedang mencari Jurulatih Kecergasan yang akan menjalankan dan menyelia pelbagai program kecergasan dan kesihatan.

Anda akan menilai keadaan fizikal dan kesihatan klien, membuat rancangan senaman yang sesuai, dan memantau kemajuan fizikal mereka. Anda juga akan menerangkan peraturan keselamatan yang berkenaan (cth. penggunaan peralatan).

Anda juga akan membantu pelanggan kami berseronok dan meningkatkan kesihatan mereka melalui senaman.

Tugas seorang Jurulatih Kecergasan termasuklah

  • Mengenal pasti tahap kecergasan dan kesihatan kliem
  • Mengawasi rutin senaman pelanggan
  • Mengawasi kemajuan fizikal pelanggan
  • Mengubah suai sesi senaman berdasarkan keperluan, kemungkinan kecederaan atau masalah kesihatan
  • Mengadakan sesi latihan kecergasan individu dan kumpulan
  • Mengamalkan pendekatan latihan holistik (cth. senaman kardiovaskular, kekuatan)
  • Mengawasi penggunaan peralatan kecergasan untuk memastikan klien bersenam dengan betul dan selamat
  • Mengendalikan soalan berkaitan pemakanan dan kesihatan
  • Merujuk dan mempromosikan pakej dan rancangan kecergasan
  • Melakukan pertolongan cemas atau CPR jika perlu
  • Mengikuti garis panduan keselamatan dan kebersihan

Syarat kelayakan

  • Mempunyai pengalaman kerja sebagai Jurulatih Kecergasan atau peranan yang serupa
  • Mempunyai pengetahuan tentang pelbagai latihan dan cara menyesuaikan rancangan mengikut keperluan setiap pelanggan
  • Keupayaan untuk mengajar dan memotivasikan orang
  • Mempunyai kmahiran komunikasi yang sangat baik
  • Mempunyai semangat berpasukan
  • Bersedia untuk bekerja pada syif awal atau lewat dan pada hujung minggu
  • Berpengalaman dalam melakukan pertolongan cemas atau CPR
  • Mempunyai pendidikan dalam Kinesiologi atau Sains Sukan adalah satu kelebihan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada jenis kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Jurulatih Kecergasan?

Purata gaji bulanan untuk Jurulatih Kecergasan di Malaysia adalah antara RM 2,800 hingga RM 4,500.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat.

Siarkan iklan huraian kerja Jurulatih Kecergasan ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.
 
Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! 

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *