5 Tabiat Buruk Ini Boleh Rosakkan Otak Anda!

5 Tabiat Buruk Ini Boleh Rosakkan Otak Anda!

Posted by

Tabiat buruk adalah rutin atau kebiasaan yang dilakukan secara berulang-ulang sehingga boleh menyebabkan diri sendiri atau orang sekeliling berasa jengkel. Bukan itu sahaja, tabiat buruk juga boleh menjejaskan kesihatan seperti jantung, otak, hati dan organ lain dalam badan.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan lima tabiat buruk yang boleh rosakkan otak anda.

1. Tidak mengambil sarapan pagi

5 Tabiat Buruk Ini Boleh Rosakkan Otak Anda!

Sarapan pagi adalah sangat penting untuk memberikan tenaga sepanjang hari. Kegagalan mengambil sarapan pagi akan menyebabkan tahap gula dalam darah menjadi rendah dan ini akan menyebabkan otak akan menganggap anda sedang mengalami kelaparan.

Ia boleh mencetuskan pembebasan hormon stres kortisol dan akan menyebabkan anda menjadi pening, kadar denyutan jantung meningkat, sakit kepala dan membuat anda berasa lemah dan kebas.

Hormon stres kortisol ini akan memaksa anda untuk mencari makanan untuk memberi makan kepada otak anda. Ini akan menjadikan anda sukar fokus dan memberi tumpuan terhadap perkara yang anda sedang lakukan.

Artikel berkaitan: Tak Sarapan Boleh Gemuk

2. Tidak mendapat tidur yang cukup

Kurang tidur akan menyebabkan otak anda tidak dapat berfungsi dengan baik. Ia juga akan meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit seperti dementia dan Alzheimer.

Sekiranya anda mengalami kesukaran untuk tidur terutamanya pada waktu malam, elakkan minum minuman berkafein, beralkohol, dan elakkan juga penggunaan gajet sebelum waktu tidur. 

Artikel berkaitan: Kurang Tidur Berpotensi Dapat Alzheimer, Nyanyuk

3. Stres yang melampau 

Stres atau tekanan yang melampau akan menyebabkan anda berisiko mengalami gangguan mental seperti depresi dan serangan panik.

Ini kerana sistem pemikiran melalui otak akan menjadi sibuk memikirkan perkara-perkara yang tidak penting secara berlebihan sehingga menyebabkan tekanan psikologi menjadi lebih besar.

4. Makan secara berlebih-lebihan

Tabiat terlebih makan bukan sahaja akan meningkatkan risiko kenaikan berat badan malah akan menyebabkan kerosakan lain iaitu Mild Cognitive Impairment (MCI) iaitu kerosakan yang akan mengakibatkan dementia yang mungkin berlaku dalam jangka masa panjang.

Artikel berkaitan: Terlalu Berfikir Berisiko Sel Otak Mati

5. Dehidrasi

5 Tabiat Buruk Ini Boleh Rosakkan Otak Anda!

Dehidrasi atau kekurangan air akan menyebabkan otak anda tidak menerima jumlah air yang secukupnya. Ini akan menyebabkan cecair tisu pada otak akan menurun. Apabila tisu otak berkurangan, anda akan mengalami masalah memori dan saling keliru.

Artikel berkaitan: Bahaya Dehidrasi, Ini Tanda-Tanda Dan Risiko Kurang Air Dalam Badan

Semoga perkongsian kami ini memberi panduan dan ilmu baru buat anda.  

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *