'Job Description Template' Pencipta Kandungan

‘Job Description Template’ Pencipta Kandungan

Posted by

Pencipta Kandungan atau Content Creator adalah individu yang menyediakan kandungan (content) seperti video, gambar atau catatan bertulis untuk dikongsi di platform media sosial atau platform lain yang berkaitan.

Job description template untuk Pencipta Kandungan ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja

Kami sedang mencari Pencipta Kandungan untuk menulis dan menerbitkan pelbagai jenis kandungan untuk web pages syarikat kami, seperti artikel, e-buku dan platform media sosial.

Tanggungjawab Pencipta Kandungan termasuklah menghasilkan copywriting untuk mengiklankan produk kami, menulis blog tentang topik berkaitan industri dan mempromosikan kandungan kami di media sosial. Sila kongsikan contoh kerja anda (portfolio atau pautan ke artikel yang diterbitkan) bersama-sama dengan permohonan anda.

Anda juga akan membantu untuk reach target audience kami dengan menyampaikan maklumat dalam talian yang berguna dan menarik tentang syarikat dan produk kami.

Tugas seorang Pencipta Kandungan termasuklah

  • Menyelidik topik berkaitan industri
  • Menyediakan draf yang tersusun dengan baik menggunakan platform penerbitan digital
  • Mencipta dan mengedarkan marketing copy untuk mengiklankan syarikat dan produk kami
  • Menemu bual individu-individu profesional dalam industri berkaitan dan masukkan pandangan mereka dalam catatan blog
  • Mengedit dan proofread tulisan sebelum diterbitkan
  • Menjalankan penyelidikan kata kunci (keyword research) dan gunakan garis panduan SEO untuk mengoptimumkan kandungan
  • Mempromosikan kandungan pada rangkaian sosial dan pantau penglibatan (monitor engagement) (cth. comments dan shares)
  • Mengenal pasti keperluan pelanggan dan mencadangkan topik baharu
  • Mengukur trafik web ke kandungan (cth. conversion and bounce rates)
  • Mengemas kini laman web kami mengikut keperluan

Syarat kelayakan

  • Mempunyai pengalaman kerja sebagai Pencipta Kandungan, Copywriter atau peranan yang serupa
  • Mempunyai portfolio artikel yang diterbitkan
  • Berpengalaman menggunakan  Sistem Pengurusan Kandungan (Content Management Systems) (cth. WordPress)
  • Mempunyai kemahiran menulis dan mengedit dalam bahasa Inggeris
  • Kemahiran pengurusan masa
  • Kebiasaan dengan SEO
  • Mempunyai Ijazah dalam Pemasaran, Bahasa Inggeris, Kewartawanan atau bidang yang berkaitan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada jenis kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Pencipta Kandungan?

Purata gaji bulanan untuk Pencipta Kandungan di Malaysia adalah antara RM 3,500 hingga RM 4,400.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat.

Siarkan iklan huraian kerja Pencipta Kandungan ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.
 
Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! 

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *