Pereka Fesyen atau Fashion Designer adalah individu profesional yang memiliki kreativiti untuk mereka bentuk dan mencipta pakaian, aksesori dan kasut. Mereka melakukan penyelidikan trend terkini, membangunkan gaya baharu dan mengawasi proses pengeluaran (production process).
Dengan kepakaran dalam reka bentuk, konsep dan analisis pasaran, mereka bekerjasama dengan pasukan (team) untuk mencipta pakaian bergaya yang selaras dengan strategi pemasaran.
Huraian kerja
Kami sedang mencari Pereka Fesyen berbakat untuk menyertai team kami dan mengetuai penyelidikan dan pengeluaran pakaian inovatif yang sejajar dengan aliran pasaran semasa.
Sebagai Pereka Fesyen, anda akan berpeluang untuk menghadiri ke acara fesyen, menganalisis data pasaran dan mengenal pasti aliran fesyen yang muncul.
Sertai kami dan anda boleh mempamerkan minat anda terhadap fesyen serta menyumbang kepada kejayaan jenama kami.
Tugas seorang Pereka Fesyen termasuklah
- Bekerjasama dengan ahli pasukan (team members) untuk memilih tema mengikut musim, mengedit dan mencipta konsep baharu
- Memastikan produk selaras dengan strategi pemasaran
- Memilih fabrik dan trim
- Membuat lakaran pengeluaran untuk pakej pembangunan (development packages)
- Bekerjasama dengan pereka teknikal (technical designer) untuk memastikan development packages adalah tepat
Syarat kelayakan
- Mempunyai pengalaman kerja sebagai Pereka Fesyen atau peranan yang serupa
- Mahir menggunakan Microsoft Excel dan Adobe Illustrator
- Ketersediaan untuk melancong untuk penyelidikan dan pembangunan produk (product development)
- Mempunyai kebolehan membuat lakaran dengan tangan
- Memiliki kemahiran mereka bentuk dan kemahiran konseptual yang sangat baik
- Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam reka bentuk atau seni halus
- Latihan dan/atau pensijilan yang berkaitan sebagai Pereka Fesyen
* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada jenis kerja dan organisasi
Berapakah kadar gaji seorang Pereka Fesyen?
Purata gaji bulanan untuk Pereka Fesyen di Malaysia adalah antara RM3,200 hingga RM3,700.
*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat.
Siarkan iklan huraian kerja Pereka Fesyen ini melalui Jobstore.com sekarang!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com