Huraian kerja
Kami sedang mencari Tukang Kimpal yang mahir untuk memotong dan menyambung logam dan bahan lain di fasiliti atau tapak pembinaan kami. Anda akan mengendalikan peralatan yang sesuai untuk menyusun struktur atau bahagian mekanikal dengan ketepatan yang tinggi. Tugas anda adalah penting kerana ia menyediakan asas untuk infrastruktur yang kukuh.
Tukang Kimpal mesti cekap menggunakan peralatan yang berbahaya mengikut semua langkah keselamatan. Calon yang ideal juga akan mempunyai perhatian yang tinggi terhadap perincian serta mempunyai engetahuan tentang pelbagai jenis logam dan sifatnya.
Tugas seorang Tukang Kimpal termasuklah
- Membaca blueprints dan lukisan
- Mengambil atau membaca ukuran untuk merancang susun atur dan prosedur
- Menentukan peralatan atau kaedah kimpalan yang sesuai berdasarkan keperluan
- Menyediakan komponen untuk mengimpal mengikut spesifikasi (cth. bahan potongan dengan gergaji berkuasa untuk dipadankan dengan ukuran)
- Mengendalikan pengisar sudut (angle grinders) untuk menyediakan bahagian yang perlu dikimpal
- Menjajarkan komponen menggunakan angkup (callipers), pembaris dan kepingan pengapit (clamp pieces)
- Mengimpal komponen menggunakan peralatan kimpalan manual atau separa automatik dalam pelbagai kedudukan (menegak, mendatar atau atas kepala)
- Membaiki jentera dan komponen lain dengan mengimpal kepingan dan mengisi celahan (filling gaps)
- Menguji dan memeriksa permukaan dan struktur yang dikimpal untuk menemui kecacatan
- Mengekalkan peralatan dalam keadaan yang tidak menjejaskan keselamatan
Syarat kelayakan
- Mempunyai pengalaman sebagai pengimpal
- Mempunyai pengalaman menggunakan pelbagai peralatan dan prosedur kimpalan (TIG, MMA dll.)
- Berpengalaman menggunakan alatan elektrik atau manual (gergaji, petak, angkup dll.)
- Kebolehan membaca dan mentafsir dokumen dan lukisan teknikal
- Pengetahuan tentang standard keselamatan relatif dan kesediaan untuk menggunakan pakaian pelindung (pelindung muka, sarung tangan dll.)
- Kecekapan dan perhatian terhadap perincian
- Mahir berbahasa Inggeris
- Pensijilan Profesional (cth. sijil kimpalan AWS) akan menjadi nilai tambah
* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada jenis kerja dan organisasi
Berapakah kadar gaji seorang Tukang Kimpal?
Purata gaji bulanan untuk Tukang Kimpal di Malaysia adalah antara RM 1,800 and RM 2,300.
* Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat
Siarkan iklan huraian kerja Tukang Kimpal ini melalui Jobstore.com sekarang!
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.
Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatn kosong terkini.
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com